Monday, August 2, 2010

Rahsia Berhubung Soal Maruah








Rahsia Berhubung Soal Maruah


Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan. Firman Allah SWT, maksudnya: "Adapun wanita² yang solehah itu ialah wanita² yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)


Ustaz Ahmad Sonhaji di dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa "wanita yang memelihara kehormatan diri semasa ketiadaan suaminya" (di rumah) itu maksudnya:


a. Isteri tidak berlaku curang terhadap suami.


b. Tidak mencari hiburan di luar rumah.


c. Tidak menduakan suami.


d. Memelihara rahsia rumah tangga suami jangan sampai diketahui orang.


e. Memelihara harta benda suami jangan sampai hilang.


Disebutkan di dalam kitab, Umamah binti al-Haris telah berpesan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan; antaranya: "Jangan membuat maksiat kepadanya (suamimu), jangan menyebarkan rahsianya, kerana jika engkau melakukan kesalahan atau menyusahkan hatinya dan menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman kerana telah khianat kepadanya. Kegembiraan yang harus kau terima pula akan menjadi mendung."

No comments:

Post a Comment