Saturday, August 7, 2010

Bisnes Sendiri VS Makan Gaji

Bisnes Sendiri VS Makan Gaji

http://parentsbiz.com

Alahai..zaman sekarang ini kalau cakap nak jadi jutawan internet, petik jari macam-macamlah yang boleh kita dapati di internet ini seperti tips dan ebook menjadi jutawan internet, peluang-peluang bisnes MLM, seminar nak jadi jutawan internet…dan macam-macam lagilah. Saya tidak nafikan bahawa apa yang ditulis dan diwar-warkan itu betul…tapi apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah BOLEH KE ANDA JADI JUTAWAN INTERNET ?

Kalau tanya Dr Irfan Khairi, dia akan kata semua orang boleh jadi jutawan internet… saya setuju. Cuba tanya pada mereka yang masih makan gaji (macam saya huhu..), tak ingin ke nak buat bisnes sendiri ? Dah tentu ringan mulut menjawab, “nak”. Tapi lepas jawab “nak” tidak ada apa-apa yang berlaku.

Buat diri saya pula, sejak di universiti lagi saya dah pasang cita-cita ingin mempunyai perniagaan sendiri (belajar di fakuti pengurusan perniagaan pulak tu). Tapi akhirnya saya hanya makan gaji, sehinggalah sekarang. Namun di lubuk hati sanubari dan di dalam akal fikiran saya masih memikir-mikir dan menunggu-nunggu peluang itu. “Bodohnya, kenapa masih tertunggu-tunggu ? Kalau nak berniaga kena berani dan terus bertindak…peluang tak datang selalu”.

Saya banyak berbincang dengan rakan-rakan sepejabat dan berkongsi pendapat dengan mereka dan selepas berkurun-kurun berbincang, maka dapat saya simpulkan senarai sebab-sebab ramai di antara kita yang masih makan gaji, macam saya :-

  1. Tak cukup modal. Nak berniaga mesti ada modal yang cukup…ops, bukan cukup tapi mesti lebih dari cukup sebab kena ambil kira ‘contigencies”. Berniaga pakai air liur (macam penyanyi, pakar motivasi) pun nak kena ada modal wang ringgit jugak;
  2. Tak cukup ilmu di dada. Yang ni bergantung kepada perniagaan apa yang kita hendak lakukan. Kalau setakat nak buka perniagaan goreng pisang mungkin satu dua bulan belajar resepi dan selok belok menjual goreng pisang rangup dah cukup kot;
  3. Tidak cukup dorongan dari keluarga. Terutamanya kalau ahli keluarga dan saudara-mara rata-rata bekerja dengan kerajaan atau makan gaji di sektor swasta;
  4. Pengaruh negatif dari rakan-rakan, terutamanya kalau kawan tu pernah “fail” dalam bisnes. Atau kawan tu jenis hasad dengki tak boleh tengok kawan tu berwawasan dan bersemangat waja maka dia akan perlekehkan atau memperkecilkan impian kawan yang sorang ni;
  5. Tiada peluang. Bak kata orang, rezeki tuhan ada di mana-mana…ya betul tu, tapi kalau kita merancang nak buka perniagaan menjual M16 atau mercun tentulah peluang itu tidak akan ada malah tidak akan muncul pun…silap haribulan peluang masuk penjara pulak yang datang.
  6. Tiada rakan kongsi yang sesuai. Kadang-kadang ilmu dan modal dah ada tapi disebabkan kita perlukan “business synergy” yang mantap, kita perlukan rakan kongsi yang arif dalam bidang yang kita kurang mahir. Atau mungkin jenis perniagaan yang kita jalankan sukar mendapat tenaga pakar atau pekerja yang betul-betul berkemahiran.
  7. Tidak betul-betul minat berniaga, hanya ikut-ikut trend semasa, atau lebih selesa makan gaji dan puas hati dengan apa yang dikecapi sekarang;
  8. Sikap kita sendiri, suka menagguh-nangguh sebab kurang berani dan takut rugi. Kalau anda ada sikap sebegini, maka pastilah anda akan makan gaji sampai pencen.

Tapi sebenarnya banyak juga kelebihan orang yang makan gaji berbanding orang yang menjalankan perniagaan sendiri, antaranya :-

  1. Orang makan gaji tidak perlu fikirkan mana nak cari modal dan bayar gaji, KWSP dan SOCSO pekerja, hanya datang kerja dan kerja, lepas tu balik kerja;
  2. Orang makan gaji boleh melaram ke pejabat , pakai baju, kasut dan beg tangan cantik, baik lelaki atau perempuan;
  3. Setahun sekali dapat bonus, tak banyak, sedikit pun adalah juga;
  4. Kalau majikan bagus, tiap-tiap tahun dapat naik gaji;
  5. Kalau boring dengan majikan sekarang, boleh lompat-lompat tukar majikan…dapat lompat gaji lagi;
  6. Dapat ‘staff loan’, pinjaman rumah, kereta, komputer pada kadar rendah;
  7. Majikan buat ‘annual trip’ atau ‘annual dinner’…seronok juga;
  8. Majikan hantar pergi kursus dan latihan… percuma !;
  9. Majikan beri kemudahan perubatan diri sendiri dan keluarga… pergi klinik tidak perlu bayar duit, majikan tanggung !
  10. Kalau masuk hospital majikan keluarkan ‘guarantee letter’.

Dalam pada ‘syok’ makan gaji ni, byak juga perkara-perkara yang tak best seperti :-

  1. Kita kerja bermati-matian, orang lain dapat nama atau bonus lebih;
  2. Bos ‘demand’ kita beri komitmen melampau…suruh kita balik lewat, lepas tu dia sedap-sedap maki kita (maki cara halus ada, cara kasar pun ada, dua-dua menghirrrrissss kalbu);
  3. Kena datang kerja untuk majikan pada hari sabtu atau ahad (hujung minggulah waktu yang tinggal untuk bersama keluarga);
  4. Kena keluar pergi kerja tinggalkan anak-anak dengan pembantu rumah (sedihnya);
  5. Kurang kebebasan, kena patuh dengan peraturan dan polisi majikan;
  6. Hujung tahun prestasi kita akan dinilai, kalau kita jenis yang suka bergaduh dengan bos, inilah masa yang paling getir.

Anda nak tambah senarai di atas ?

Kesimpulannya, tidak salah kalau sesetengah dari kita yang berangan untuk berniaga tapi kesudahannya hanyalah makan gaji. Itu belum lagi nak dikirakan bisnes ‘bidan terjun’ yang bila-bila masa kita boleh kecimpungkan diri tapi hakikatnya kalau tidak berusaha keras dan konsisten, tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Nasihat saya, muhasah diri dan kenali diri kita sendiri..apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita. Kena buat SWOT analysis dulu baru boleh mengorak langkah untuk betul-betul berniaga dalam perniagaan, bukan hangat-hangat tahi ayam saja.

OK, setakat ini dulu perbincangan kita, jika ada komen, hantarkan komen anda tau. Byoi !

No comments:

Post a Comment