Tuesday, November 30, 2010

Kegagalan Mengajar Erti Kehidupan



Setiap Isnin petang, kami di iLuvislam.com akan mengadakan usrah bersama para pekerja sepenuh masa di sini. Perbagai topik dan perbincangan telah dibahaskan. Di antara topik yang pernah dibahaskan itu seperti; manusia diberikan pilihan untuk memilih, kerja secara berkumpulan, berusaha tangga kejayaan, bersyukur dengan segala pemberianNya dan sebagainya lagi. Namun, semasa giliran saya menjadi naqib, saya memilih satu topik yang sedikit berlawanan dengan topik-topik sebelum ini dengan menjadikan kegagalan sebagai subjek perbahasannya.
Setiap ahli usrah dikehendaki menceritakan kegagalan yang paling teruk pernah menimpa mereka. Pelbagai reaksi daripada perkongsian topik ini. Kebanyakkan mereka menceritakan pengalaman menghadapi kegagalan di dalam peperiksaan semasa pengajian dan sebagainya. Begitu juga saya, tidak terlepas daripada perkongsian tersebut.
Persoalan yang selalu kita dengari jika seseorang itu menghadapi kegagalan ialah; kenapa aku gagal sedangkan aku telah berusaha bersungguh-sungguh?, berdoa siang dan malam, akan tetapi kejayaan tidak juga muncul tiba. Di mana silapnya aku? Adakah tuhan tidak menyayangi aku?
Bagi menjawab persoalan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya telah jelaskan semasa usrah tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
BERUSAHA UNTUK MEMILIH KEJAYAAN
Imam Abu Hassan al-Asyaari memperkenalkan teori al-Kasbu (usaha) di dalam membincangkan kudrat Allah Taala dan perbuatan manusia, iaitu pandangannya adalah pertengahan di antara golongan Jabariyyah dengan Muktazillah. Golongan Muktazillah berpandangan bahawa manusia yang menciptakan perbuatannya sendiri. Golongan Jabariyyah pula berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatan apatah lagi berusaha untuk melakukan sesuatu. Manakala Imam Abu Hassan al-Asyaari berpandangan bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatannya akan tetapi berkuasa untuk berusaha.
Beliau menafsirkan al-Kasbu dengan maksud ia adalah kuasa hamba untuk melakukan perbuatan yang mana perbuatan tersebut diciptakan oleh Allah Taala. Bagi hamba (manusia), al-Kasbu tidak memberikan kesan yang nyata di dalam perbuatannya. Ini bermakna segala perbuatan yang diusahakan adalah sesuatu yang dikuasai oleh kuasa bersifat baharu yang diciptakan oleh Allah Taala kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu.
(Surah al-Soffat: Ayat 96).
Daripada teori al-Kasbu ini, dapatlah kita fahami bahawa setiap manusia diberikan pilihan samada untuk memilih kebaikkan ataupun memilih keburukkan. Jika kita memilih dan berusaha ke arah kebaikkan maka kebaikkan yang kita perolehi. Namun jika kita memilih dan berusaha ke arah keburukkan maka keburukkan yang kita perolehi. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu: Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: Ayat 11).
DUGAAN KEGAGALAN SETELAH BERUSAHA
Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).
Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).
Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.
- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.
Firman Allah Taala bermaksud:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk: Ayat 2).
BERSABAR DI ATAS SEGALA DUGAAN
Dengan dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.
Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan menyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hambaNya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.
Firman Allah Taala bermaksud:
Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji.
(Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).
Musibah dan dugaan ini pasti akan datang samada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:
Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu.
(Surah ali-Imran: Ayat 186).
Firman Allah Taala lagi bermaksud:
Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya.
(Surah al-Baqarah: Ayat 155-157).
Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala.
(Riwayat Abu Daud).
REDHA DENGAN SEGALA KETENTUANNYA
Dengan kegagalan jugalah akan mengajar kita erti keredhaan. Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat telah mentakrifkan redha ialah perasaan senang hati dengan kepahitan qadha atau takdir. Manakala di dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan kata-kata Imam al-Muhasabi dengan mentakrifkan redha ialah hati tenang di bawah ketentuan hukum.
Rasulullah S.A.W. telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang, paling jauh daripada dukacita, sedih, marah serta kesempitan jiwa. Kaya bukanlah dengan banyaknya harta benda dan wang ringgit, tetapi kaya itu adalah kayanya hati dengan iman dan redha.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya.
(Riwayat Tarmizi).
Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya.
(Riwayat Tarmizi).
Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.
Firman Allah Taala bermaksud:
Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.
(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).
BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMATNYA
Kegagalan juga dapat mengajar kita erti kesyukuran. Sebahagian ulama mendefinasikan syukur ialah hati yang sentiasa teguh mencintai pemberi nikmat, anggota sentiasa mentaatiNya dan lidah sentiasa bergerak menyebut dan memujiNya. Imam Ibnu Abidin di dalam kitab Dalil al-Falihin mentakrifkan syukur ialah mengiktiraf nikmat serta melaksanakan khidmat. Sesiapa yang banyak melakukannya dia dinamakan orang yang benar-benar bersyukur.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Surah Saba: Ayat 13).
Kegagalan yang kita hadapi kini adalah secebis sahaja daripada episod kehidupan yang penuh kesenangan, sedangkan nikmat yang diberikanNya sebelum ini terlalu banyak jika hendak dihitung dan dikira. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya.
(Surah Ibrahim: Ayat 34).
Syukur merupakan makam (kedudukan / peringkat) yang tertinggi bagi pengamal Tawasuf kerana ia melibatkan hati, lidah dan anggota. Allah Taala juga menyuruh kita banyakkan bersyukur dan menegah kekufuran sepertimana firmanNya bermaksud:
Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku.
(Surah al-Baqarah: Ayat 152).
Allah Taala menyifatkan sebilangan besar manusia tidak bersyukur sedangkan betapa banyak kelebihan dan nikmat daripadaNya yang telah diberikan. Hanya sekali sekala dugaan datang, ia sesekali tidak akan melenyapkan nikmat dan kesenangan yang telah dikurniakanNya sebelum ini. Begitu jugalah jika dilihat pada dugaan dan ujian yang menimpa orang lain, alangkah bersyukurnya kita kerana dugaan yang kita perolehi tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Tidakkah kita bersyukur lagi?
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri.
(Surah an-Naml: Ayat 73).
KESIMPULAN
Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh redha. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan kegagalan ini dengan penuh ketakwaan kepadaNya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah.
(Riwayat Tarmizi).
Bergembiralah bagi sesiapa yang diberikan ujian! Bergembiralah juga bagi sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut!
Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran).
(Surah al-Araf: Ayat 168).
Kegagalan mengajar kita erti kehidupan!
buluh.iluvislam.com
Wallahualam.

5 Tips Untuk Menjadi Usahawan Internet Yang Produktif


PDF Print E-mail

Sebagai seorang usahawan internet sememangnya kita perlu merancang baik masa, aktiviti ebiz maupun personal dan projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu saya sering mengingatkan diri supaya menjadi lebih peka terhadap masa dan peluang untuk mencapai matlamat. Di samping itu saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana. Tips tersebut adalah :

  1. Mempunyai matlamat yang S.M.A.R.T.
    Penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup supaya bisnes kita laksanakan ini akan menjurus ke arah pencapaian matlamat dan gol yang kita sendiri tetapkan. Teknik penetapan matlamat secara S.M.A.R.T. saya sudah jelaskan dalam artikel yang lepas dan ia masih kekal relevan sebagai asas utama sesuatu produktiviti. Jika kita tiada matlamat yang jelas dan baik maka sukarlah untuk mencapai aras kejayaan yang diharapkan, oleh itu teknik S.M.A.R.T. mampu memberikan kesan yang positif terhadap personal life, kerja dan bisnes kita.
  2. Senaraikan prioriti tugas dan kerja dengan sistematik
    Dalam hidup kita ini terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga boleh menyebabkan kita kelam kabut jika tidak disusunatur dengan baik. Cuba anda listkan matlamat dan tugas yang perlu dilaksanakan secara sistematik terlebih dahulu. Semasa saya menghadiri training di Genting April 2009 lepas antara teknik yang boleh digunakan ialah mempraktikkan Task Priority. Ada 4 elemen utama di situ, dan kita gariskan yang mana teramat penting untuk dilakukan terlebih dahulu berbanding yang lain. Yang mana setiap project ada deadline, yang mana promosi ada ending-resultnya, yang mana ada urgent & important diberikan perhatian serius. Kena pandai mengurus task dan juga masa dengan bijaksana.
  3. Monitor setiap aktiviti dan task dengan efisyen
    Kenkadang setiap part kerja maupun task mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh itu kita perlu memberi perhatian, mengawasi setiap proses dengan schedule yang baik. Misalnya proses web development, ambil masa 3 hari maksimum untuk design layout dan jangan lebih dari itu. Manakala proses upload/restore web dan database ke server dalam masa tidak lebih 1 hari dan begitulah setiap task dan aktiviti ada timeline yang efisyen serta belajar untuk mempercepatkan proses dari masa ke semasa. Jika boleh sub kerja atau outsource perlu dirancang teliti agar tidak menimbulkan apa-apa kesan negatif lain terhadap matlamat.
  4. Bataskan aktiviti yang kurang produktif
    Kebanyakan usahawan internet mungkin terlalu asyik berlebihan dengan sesuatu perkara mahupun lupa task yang telah ditetapkan. Oleh itu adalah penting untuk mengingatkan diri sendiri perkara 1 dan 2 di atas setiap masa. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif seperti :
    - Kurangkan YM, MSN, Mirc, Skype dan lelain tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.
    - Kurangkan masa menonton tv atau main game Playstation/PC Games
    - Jangan terlalu asyik dgn facebook, myspace, friendster, twitter sehingga lupa task
    - Check email dilimitkan 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam.
    - Kurangkan melepak dan membuang masa tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.

  5. Beri ganjaran kepada diri sendiri bila sesuatu matlamat hampir sampai
    Setelah bersusah payah berhari-hari nak menyiapkan sesuatu projek maka beri rewards kepada diri sendiri sebagai stimulus peransang motivasi untuk lebih bersemangat. Misalnya website client hampir 90% dah siap maka kita boleh hadiahkan diri kita sendiri untuk makan yang sedap-sedap. Terpulang apa jenis rewards pun asalkan tidak melupakan task yang ditetapkan. Ia penting untuk meransang motivasi diri kita.

Mungkin ini 5 tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian, ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Walaupun kenkadang kita sering lupa dan leka sehingga mengabaikan task maka cepat-cepat kembali ingat matlamat dan prioriti supaya menjadikan diri lebih berdisiplin. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga pembaca blog rahsiaebiz ini. :)

petikan - rahsiabiz.com

motivasi dan inspirasi

Dalam menempuhi kehidupan yang serba serbi ini seringkali kita diuji dengan pelbagai mehnah dugaan dan cabaran. Sehinggakan ada yang sampai terduduk dan termenung, malah ada juga yang 'frust menonggeng' kerana dalam mindanya 'overload' dengan emosi. Tiada semangat dan mula hilang motivasi.

Bagaimana mahu atasi masalah ini ? Saya sebelum ini ada menulis mengenai beberapa tip mengurus stress supaya kita dapat stabilkan minda dan emosi dengan baik. Untuk mencari motivasi, semangat dan inspirasi supaya hidup kita lebih tenang dan gembira. Mungkin saya boleh share beberapa 'trick' untuk memudahkan kita mendapat kembali motivasi, semangat dan inspirasi dalam hidup lebih 'mengegarkan' setiap hari.

Berikut adalah 5 petua mujarab untuk dapatkan meningkatkan motivasi diri :

  1. Tingkatkan keyakinan diri kita dengan melihat video-video motivasi daripada tokoh² hebat dunia. Saya suka lihat video peninju lagenda dunia Muhammad Ali yang cukup dahsyat. Umur 22 tahun sudah mampu jadi juara World Heavyweight Champion dengan menewaskan gergasi tinju pada masa itu Sonny Liston. Muhammad Ali tidak berhenti setakat itu, ia meneruskan sehingga merangkul 3 kali gelaran dunia walaupun dibantai, ditumbuk dan diasak hampir separuh mati masih mampu untuk bangkit dan menang bergelar juara. Ia suatu yang mustahil tapi beliau telah melakukannya. Hebat dan mengagumkan. Video motivasi beliau mampu memulihkan semangat saya dalam masa singkat... :)
  2. Tingkatkan kuasa minda kita dengan mempraktikkan konsep Quranic Law of Attraction yang jelas harmoni dengan kaedah Islam. Beruntungnya kita sebagai orang Islam ini mempunyai kuasa Doa, Hikmah Syukur dan Sabar (Redha). Saya rasa ketiga-tiga elemen ini mampu menjadikan diri kita sebagai manusia yang hebat dari dalaman dan luaran. Praktikkanya dan sentiasa yakin dengan kuasa Allahu Rabbul Izzah , Pencipta Agung Sekalian Semesta.
  3. Tingkatkan fokus dan disiplin diri dengan perancangan sistematik dengan software atau diary/planner yang sesuai. Saya suka guna Goal Pro untuk mengurus matlamat hidup dalam pelbagai aspek seperti Career/Business, Health, Financial, Education, Family dan sebagainya. Soal disiplin ini mmg penting, ada rutin dan peraturan yang mesti dipatuhi. Walaupun ia agak membosankan maupun strict tp rutin itulah yang akan menjadi salah satu faktor kejayaan masa depan. Kita perlu membuat pengorbanan yang besar dari segi masa, duit, tenaga dan apa jua yang ada pada kita dengan disiplin diri yang baik. Saya kerap gunakan Goal Pro maupun diari/planner biasa utk menjadikan diri saya lebih 'well-organize' dan 'focus' berbanding mereka yang tidak pernah merancang disiplin mereka dgn baik.
  4. Jumpa mentor, sifu atau advisor (penasihat) maupun sahabat atau family untuk mendapatkan pandangan maupun nasihat yang baik. Cari mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tersebut dan analisa pilihan alternatif maupun solusi yang mampu kita laksanakan. Saya banyak bergantung pada mentor saya dalam bisnes antaranya di kalangan para jutawan yang sudah tentu mahir dalam selok belok dan sepak terajang bisnes. Dengan bergaul bersama mentor saya dapat meningkatkan keyakinan diri di samping belajar 'live' ttg pengetahuan & pengalaman mereka yang telah berjaya dan hebat. Ia tidak ternilai harganya..... :) priceless..
  5. Cari sumber pencetus inspirasi dalam hidup kita.. sama ada inspirasi cinta isteri/suami, kasih anak dan keluarga maupun 'passion' yang ada dalam diri kita untuk membangkitkan kuasa dalaman yang hebat dan dahsyat. Biasanya saya lihat di tempat kerja sama ada di office atau dalam kereta maupun dlm wallet/purse/hp ada gambar org yg disayangi sebagai inspirasi setiap masa. Jika anda tiada pencetus inspirasi, maka saya sarankan kita cari sumber segala inspirasi alam ini iaitu kembali pada Allah SWT... Beristighfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, sptmana hadis Nabi ada menyebut :

Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. ~ Riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah
bin Abbas r.a.

Semoga 5 petua mujarab di atas mampu mengembalikan tenaga positif dalam diri kita semua. Apabila emosi distabilkan, fikiran mampu berfikiran positif dan fizikal juga mampu berfungsi dengan optimum. Semua ini cukup penting supaya kita setiap hari sentiasa dalam keadaan bermotivasi tinggi, bersemangat waja dan penuh inspirasi.

Champions aren't made in gyms. Champions are made from something they have deep inside them: A desire, a dream, a vision. They have to have last-minute stamina, they have to be a little faster, they have to have the skill and the will. But the WILL must be STRONGER than the skill.. ~ Muhammad Ali


- dipetik dari rahsiabiz.com

Maksud terima pasangan seadanya

Seorang wanita muda, baru memegang status sebagai ibu tunggal disebabkan si suami mengikut emosi hingga melafazkan talak tiga, mengadakan temujanji perbualan telefon dengan saya. Saya tak nak bincangkan tentang kes yang diadukan cuma yang ingin saya kongsi bersama pembaca semua kali ini ialah tentang konsep atau maksud sebenar satu terma yang menjadi antara syarat mewujudkan kebahagiaan di dalam rumahtangga atau perkahwinan iaitu ‘menerima pasangan seadanya’.

Di dalam perbualan telefon tersebut, wanita muda yang masih bersedih itu meluahkan rasa bersalah, kemungkinan punca suaminya melafazkan talak tiga tersebut ialah kerana kegagalan dirinya menerima suaminya seadanya. Menurut wanita muda ini, suaminya yang seusia dengannya suka sangat menghabiskan masa bersama rakan-rakan hingga sanggup mengenepikan dirinya dan anak kecilnya. Suaminya juga susah nak diajak berbincang dan susah nak dinasihati. Tersilap cakap, suaminya akan merajuk. Menurut wanita tersebut, dia rasa bersalah kerana gagal menerima perwatakan suaminya itu yang merupakan anak lelaki bongsu dan selalu dimanjakan.

Saya yakin, anda faham dengan tujuan saya membincangkan topik kali ini. Ya! Jelas sekali pemahaman wanita muda tadi tentang menerima pasangan seadanya adalah salah dan silap. Maksud sebenar menerima pasangan seadanya ialah menerima kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri pasangan anda dalam erti kata pasangan anda itu mampu dan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranan sebagai suami atau isteri.

Sebagai contoh, jika seorang gadis mengahwini seorang lelaki yang memang telah diketahui mempunyai pendapatan yang jauh lebih rendah berbanding dirinya maka terma menerima pasangan anda seadanya dalam kes ini ialah si isteri tidak boleh memaksa si suami mengeluarkan belanja yang melebihi kemampuan si suami bagi memenuhi keperluan nafkah zahirnya. Tetapi si isteri masih berhak menuntut keperluan yang munasabah dengan keperluan harian dan selari dengan kemampuan si suami.

Jika si isteri telah terbiasa ketika sebelum berkahwin, menikmati hidangan KFC untuk setiap kali makan tengahari sebaliknya si suami tidak mampu menyediakannya, maka si isteri tidak boleh memaksa si suami menyediakannya. Kenapa? Kerana si isteri telah bersedia dan sanggup menerima si suami yang memang telah diketahui tidak mampu menyediakan hidangan KFC untuk setiap kali waktu makan tengahari itu. Inilah contoh kes menerima pasangan seadanya. Jika si isteri memaksa juga si suami menunaikan kehendaknya, bermaksud si isteri tidak menerima pasangan seadanya. Dah kalau tahu lelaki tu tak mampu penuhi selera mewah anda, kenapa tetap memilih dan menerima dirinya? Kalau dah terima, terimalah seadanya.

Samalah juga dengan kes menerima pasangan yang bertubuh besar. Jika semasa bercinta dan seterusnya berkahwin, anda memang menerima fizikalnya yang bersaiz XL atau XXL, anda tidak wajar menyuruh pasangan anda menukar saiz tersebut kepada L atau M kecuali pasangan anda sendiri yang berhasrat untuk membuat perubahan penampilan. Anda hanya berhak bersuara jika semasa berkahwin saiznya L dan selepas berkahwin, dah jadi XL. Jika anda adalah suami, jangan bersuara sahaja sebaliknya anda perlu memberikan perbelanjaan yang patut dan wajar bagi membantu isteri anda kembali ke saiz asal. Kenapa? Selalunya wanita akan bertukar saiz selepas bersalin bermaksud isteri anda menerima kesan yang puncanya juga adalah daripada anda. Lantaran itulah, anda perlu membantu isteri anda kembali ke saiz asal, jika itu yang anda inginkan. Bukannya menempelak, menyindir atau mencaci maki apatah lagi mencari orang lain semata-mata tidak dapat menerima pertukaran saiz tersebut.

Paling penting, menerima pasangan anda seadanya mestilah dalam erti kata pasangan anda itu masih mampu menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranannya yang perlu dan patut di dalam sesebuah perkahwinan dan rumahtangga. Terima kelebihan dan terima kekurangan. Namun, menerima kelemahan pasangan anda bukanlah bererti hingga memaksa anda mengambil alih peranan dan tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh pasangan anda itu. Terdapat perbezaan yang ketara antara suami yang bekerja dan berpendapatan rendah berbanding suami yang enggan bekerja. Suami yang berpendapatan rendah berusaha menjalankan tanggungjawab sebaliknya suami yang malas bekerja, sudah nyata dan pasti dia dengan rela dan selambanya enggan menjalankan tanggungjawab. Sama juga dengan isteri yang enggan dan malas memasak (sinonim sebagai tugas isteri), jauh bezanya dengan isteri yang tidak pandai memasak tetapi tetap berusaha memasak untuk suami.

Lantas, jangan tersalah menilai tentang terma menerima pasangan seadanya. Hakikatnya perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa. Kelebihan adalah bonus untuk dikongsi bersama pasangan. Kelemahan pula bukan untuk dijaja atau diperlekehkan tetapi untuk sama-sama diatasi dan diperbaiki. Malah kelebihan satu pihak adalah untuk menampung kelemahan pihak yang satu lagi. Jangan asyik menuding jari menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan pasangan sebaliknya berbincang dan cari jalan penyelesaian. InsyaAllah, akan wujud kebahagiaan.

Friday, November 5, 2010

takutnya................

Something to share with ............ ...Ada satu ceramah...

disampaik an oleh Ustaz AhmadIsmail daripada Singapura... Di riwayatkan begini.....Semasa Nabi Isa
berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam
satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam
kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakahyang
telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa
mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka
nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan
tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya
dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa
kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa
sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan
sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa..
lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata
sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh
nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu
rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual
kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya
kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah
seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang
dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu
dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayudi ikatnya elok-elok dan
pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli
itu..Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya
berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan
ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa
makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara
mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya
dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya
pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu
utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.
Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli
itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana
saya tidak meminta halal akan kayuyang saya cungkil dengan kuku saya
tu, maka saya diseksa selama 70 tahunsebagaimana yang tuan lihat.
Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....
astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat
ini...Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada
drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan
dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan
kepada anak-anak kita ??? Dan juga barang-barang orang lain yang kita
pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti
tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?Sesungguhnya takutlah kita akan
azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah
benar... Dan syurga itu adalah
benar...wassalam

permulaan minggu yang teruk

peh.....letihnya. hari2 balik lambat. sampai rumah dah pukul 11 atau 12 mlm. anak aku si aisyah tu pun dh komplen hari2 ayah balik lambat. yelah kalau tk kerja mana nk dpt duit. bulan ni aku betul2 teruk. rumah tk bayar lagi, semua bil sangkut, teksi pulak buat hal....dah nk cuti sekolah pulak ni..

kadang2 bila masalah kewangan melanda ni, emosi kadang2 tak terkawal, mudah nak marah. pantang kena cuit sikit mulalah nak naik angin.

teringin nak buat insuran, tapi sahabat aku yg sorg tu dh tk peduli kt aku dh..yelah dia pun bosan agaknya bila tk join apa yg dia nk buat...tapi masa tu mmg keadaan tk mengizinkan...

wife aku pulak dh cerita pasal nk bercuti. nak bawa anak2 berjalan. aduh pening. bila mcm ni mulalah emosi tu tk terkawal....nak marah je. nak salahkan wife tk boleh juga pasal aku ni kalau ada masalah kewangan tk suka nk bercerita dgn dia..takpe mesti ada jalan penyelesaiannya. yang penting usaha.