Sunday, August 8, 2010

Jahilnya Chua Soi Lek kerana UMNO!

DAP dan para pemimpinnya pernah dilabelkan sebagai chauvinist china oleh Mahathir suatu masa dulu dan dan pemimpin DAP sekarang iaitu Lim Guan Eng pernah disumbat kedalam tahanan ISA kerana membela seorang budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pemimpin UMNO.


Dalam tahanan itu beliau telah ditempatkan bersama Mohd Sabu, menurut Guan Eng beliau telah belajar sedikit sebanyak tentang Islam melalui Mohd Sabu ini.

MCA pula ialah parti komponen BN yang diterajui oleh UMNO yang telah memerintah Negara ini hampir 60 tahun.

Biarpun telah bersama dengan UMNO dalam jangkamasa yang begitu panjang, nampaknya UMNO telah gagal memperkenalkan apa itu Islam kepada sekutunya sendiri.

Ini jelas terbukti bila Presiden MCA dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star telah menunjukkan sifat jahilnya.

Beliau telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak.

Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan.

Kerana kejahilannya kerana tidak pernah diterangkan oleh UMNO apa itu Islam juga beliau
mengatakan pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

Jadi kita tidak sepatutnya meletakkan kejahilan Chua Soi Lek diatas bahunya semata-mata kerana puncanya ialah UMNO, UMNO telah gagal menerangkan apa itu Islam kepada Chua Soi Lek!

Adakah Chua Soi Lek akan begitu jahil jika UMNO mengambil sedikit inisiatif dalam menerangkan apa itu Islam kepada Presiden MCA itu selama hampir 60 tahun ini?

Cuba bezakan kata-kata Pemimpin MCA yang bersahabat dengan UMNO diatas dengan kata-kata dari Pemimpin DAP yang bersahabat dengan Pemimpin PAS dibawah..



Ini adalah sebahagian dari ucapan Lim Guan Eng di persidangan Integriti Kebangsaan 2010 yang telah berlangsung di Hotel Eastin, Pulau Pinang pada 7 Ogos 2010.

Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia.

Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di dalam pentadbiran kami.

Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepatutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi.

Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator.

Jadi…

Jahilnya Chua Soi Lek kerana UMNO!!!!

No comments:

Post a Comment