Saturday, October 30, 2010

salam ....dh lama tk jengah ke blog ni...bkn psl mls atau sibuk tp ada masalah teknikal sikit
cabel telefon kt umah ni buat hal plk. panggil abg telekom, dia suruh buat cable baru...ini yg leceh ni. kalau free oklah juga. ini sampai rm100 hengget nk kena byr. godek punya godek akhirnya berjayalah aku membaikinya....

sepjg 2,3 bln ni byk benda yg dh berlaku dlm hidup aku ni...yg paling teruk bila kehilangan sesuatu.
bila ada benda yg hilang ni, hidup tu mulalah rasa lain macam je...yelah bayangkan kalau benda tu selalu ada dgn kita tapi tiba2 dia hilang....mcmana?.....bila dgr lagu p.ramlee ini, teringat plk pada benda yg ilang tu.....

al-fatihah utk kawan ku - mohd jailani lateh

Di Mana kan Ku Cari Ganti p.ramlee

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamany
a

Friday, October 29, 2010

Kawan
Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam.........