Wednesday, August 4, 2010

Meningkatkan Kelajuan Firefox 3











Internet anda tentu lembab. Jadi anda tentu marah dengan ia. Untuk melajukan internet anda, ikutlah tip ini dengan betul.

Taip ‘about:config’ di dalam kotak alamat di browser Firefox 3 anda.

Ubah entri seperti berikut :

Setkan ‘network.http.pipelining‘ kepada ‘True’

Setkan ‘network.http.proxy.pipelining‘ kepada ‘True’

Setkan ‘network.http.pipelining.maxrequests‘ kepada 8. Ini bermakna browser akan

membuat 8 permintaan (request) di dalam satu masa.

Akhir sekali, klik-kanan di mana-mana bahagian dan pilih New > Integer.

Taip “nglayout.initialpaint.delay” dan setkan nilai kepada ‘0?. Nilai ini merupakan masa menunggu untuk browser anda bertindak di atas maklumat yang diterima.

Dengan melakukan sedikit modifikasi seperti di atas, ianya akan meningkatkan lagi kelajuan browser Firefox 3 anda. Selamat mencuba.

Jika anda belum download Firefox 3, anda boleh download sini – www.firefox.com

No comments:

Post a Comment