Monday, August 9, 2010

ahad 8/8/2010 - Malam Bersama Palestin


malam tadi ada Malam Bersama Palestin kat tempat tinggal pakcik ni...anjuran bersama surau at-taufiqiyah, persatuan penduduk blok e taman medan cahaya dan Aqsasyarif Berhad satu badan NGO.

majlis bermula lepas isyak dgn penceramahnya ialah Dr tengku Shahrom tg shahdan, ahli lembaga aqsasyarif. alhamdulilah majlis berjalan lancar di bawah sinaran bulan purnama. mujur tak turun hujan kalau tak terganggu juga majlis ni. maklumlah dibuat kat tempat parking kereta je. Takpe majlis2 macam ni tak perlu nk kt dewan, kat mana2 pun blh dibuat asalkan niat kita ikhlas dan jujur.

majlis dimulakan dgn bacaan al quran oleh saudara haris(kalau tk silap namanya) student u. salah seorang sukarelawan aqsasyarif. lps tu penerangan dr dr tengku diselangi dgn slide show ttg keadaan di Palestin..nak menitik juga air mata jantan pakcik ni bila tgk kepala budak palestin yg hancur..kegigihan seorg budak lelaki yg berumur 14 thn yg cuma bersenjatakan batu begitu bersemangat melawan israel. umur 14 ni kalau bdk kat malaysia ni tgh ghairah nak merempit, bercouple dan yg sewaktu dgnnya....insafnya....

agak2 apa yg kita boleh bantu rakyat palestin ni dalam membebaskan tanah wakaf umat islam ni?..kalau ada duit lebih bolehlah hulur2 sikit, kalau tkde duit bolehlah kita doakan kejayaan mereka ni kerana doa nilah senjata umat islam....kalau doakan pun kita tk mampu nk buat apa kata kita boikot barangan dari syarikat yang sokong israel ni....nak tau syarikat apa? tu hah kat atas tu ada gambarnya...harap2 umat islam semua dapat membantu..

No comments:

Post a Comment