Saturday, December 18, 2010

jumaat - 17/12/2010

kembali lagi aku disini....jumaat penghulu segala hari. aku harap hari jumaat adalah hari untuk aku 'PERGI'. istimewa sungguh hari jumaat ni kerana Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur. aku harap2 sangat permintaan ku dimakbulkan.

hari ni rutin aku masih mcm biasa, keluar pagi mencari rezeki. solat jumaat di masjid jumhuriyyah taman dato harun. kebiasaannya waktu Khatib berkhutbah ramai yang tersengguk-sengguk tapi hari ni semua jemaah nampak bersemangat. specialnya khutbah hari ni kerana khatibnya adalah ustaz abdullah khairi. sebenarnya aku pun tak kenal ustaz ni sapa. erm...tak kenal maka tak cinta tapi bila dah kenal terus terpaku aku mendengar khutbahnya yang bersemangat dan penuh keinsafan.

buat pertama kalinya dalam hidup aku, mata aku boleh bergenang mendengar khutbah...insaf sangat2. terasa kecilnya aku ni. agak2 kat mana aku ni di sisi Allah. sembahyang pun macam gigi rongak je.

kata khatib tadi, abd rahman bin auf seorang sahabat nabi yang alim dan kaya raya bertanya kepada nabi muhammad saw, adakah tempatnya di syurga? jawab baginda ada tapi datangnya dgn cara merangkak...Ya Allah...kalau sahabat nabi pun datang dgn merangkak ke syurga apatah lagi kita ni yang jahil.

hati aku jadi risau mengenangkannya....aku harap anak2 ku akan mendoakan aku jika aku telah 'PERGI' . itupun kalau anak2 aku nak doakan...kalau tak, jawabnya meranalah aku di 'SANA'

No comments:

Post a Comment