Sunday, May 30, 2010

GAYA KEIBUBAPAAN MEMPENGARUHI KECERDASAN MINDA ANAK







Gaya keibubapaan yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia dan mempengaruhi kecerdasan minda anak-anak. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu mereka menggunakan gaya yang berbeza dalam berkomunikasi dengan anak-anak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji daripada Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj Yahya mendapati bahawa gaya keibubapaan AUTORITATIF merupakan yang terbaik dapat mempengaruhi motivasi belajar anak.

Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi.

”Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.


Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.


Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.


Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.


Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.


Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.


Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.


Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.


Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.


Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.


Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.


Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.”

No comments:

Post a Comment