Saturday, May 14, 2011

100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan

Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)

Perkhidmatan kesetiausahaan

Perkhidmatan recycle (kitar semula)

Clipping service

Collection service

Perkhidmatan faks

Membuat promosi

Juru gambar

Katering

Merawat bunga / tanaman

Broker maklumat

Data sekuriti

Data masuk

Perunding perisian komputer

Guru komputer

Deejay secara kontrak

Promoter jualan

Broker cetakan

Broker hartanah

Broker kenderaan

Mencuci pangsapuri

Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah

Ejen lelongan / jualan

Melukis papan iklan

Pengacara

Membaiki paip

Membaiki peralatan elektrik

Menaip

Menjahit

Menggubah bunga

Seni mengandam

Mengajar tusyen

Guru masakan

Menjual lauk pauk

Menjual sarapan pagi

Menyewakan bunga-bungaan

Menyewakan pita video

Guru fotografi

Guru jahitan

Guru sulaman / mengait

Guru musik

Guru nyanyian

Guru agama

Guru quran

Ketabiban

Rawatan tradisional

Mendandan rambut

Servis menjawab telefon

Seminar mutu diri

Membaiki motokar

Membaiki motosikal/basikal

Juru runding kewangan

Menyewakan bilik

Perunding perkahwinan

Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga

Menyewakan kenderaan

Mencari barangan antik

Jualan secara parti di rumah

Menjual melalui telefon

Perkhidmatan telefon jarak jauh

Perunding pelancongan

Menghantar barang

Membuat cop getah

Mencetak t-shirt

Membuat perabot

Membuat barangan kraf

Membuat kuih muih

Membuat biskut dan pastri

Melukis

Membuat grafik

Membaiki jeans dan pakaian

Membuat dan menjual aksesori wanita

Membuat dan menjual butang, lencana

Menjual cenderahati

Membuat pagar kayu

Menjual kayu api

Menjadi ejen import eksport

Menjual buah-buahan kampung

Menjual sayur-sayuran

Menjual ikan peliharaan

Melukis pelan rumah / bangunan

Menulis buku

Menulis novel

Menulis surat berita / newsletter

Pemberita bebas

Melukis kartun

Menulis artikel

Agensi pekerjaan

Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan

Menulis surat rasmi

Mengisi borang rasmi

Menulis petisyen

Menerbitkan panduan hartanah

Typesetting

Penterjemah

Proofreading

Editor

No comments:

Post a Comment