Ya Allah Ya Rabbi
Dengarlah tangisan hatiku
HambaMu yang hina ini...
Terimalah taubatku
HambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah Penerima Taubat
Rintihanku dengarlah
Deritaku kerana dosaku
Pengaduanku terimalah
Janganlah kecewakan permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon denganMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku
Aku mengadu padaMu tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan
Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku
Pimpinlah aku
Aku telah derita
Aku telah terseksa
Jadikanlah ketakutanku
Mensyafaatkanku di akhirat nanti
No comments:
Post a Comment