Setiap Isnin petang, kami di iLuvislam.com akan mengadakan usrah bersama para pekerja sepenuh masa di sini. Perbagai topik dan perbincangan telah dibahaskan. Di antara topik yang pernah dibahaskan itu seperti; manusia diberikan pilihan untuk memilih, kerja secara berkumpulan, berusaha tangga kejayaan, bersyukur dengan segala pemberianNya dan sebagainya lagi. Namun, semasa giliran saya menjadi naqib, saya memilih satu topik yang sedikit berlawanan dengan topik-topik sebelum ini dengan menjadikan kegagalan sebagai subjek perbahasannya.
Tuesday, November 30, 2010
Kegagalan Mengajar Erti Kehidupan
Setiap Isnin petang, kami di iLuvislam.com akan mengadakan usrah bersama para pekerja sepenuh masa di sini. Perbagai topik dan perbincangan telah dibahaskan. Di antara topik yang pernah dibahaskan itu seperti; manusia diberikan pilihan untuk memilih, kerja secara berkumpulan, berusaha tangga kejayaan, bersyukur dengan segala pemberianNya dan sebagainya lagi. Namun, semasa giliran saya menjadi naqib, saya memilih satu topik yang sedikit berlawanan dengan topik-topik sebelum ini dengan menjadikan kegagalan sebagai subjek perbahasannya.
BERUSAHA UNTUK MEMILIH KEJAYAAN
DUGAAN KEGAGALAN SETELAH BERUSAHA
BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMATNYA
5 Tips Untuk Menjadi Usahawan Internet Yang Produktif
Sebagai seorang usahawan internet sememangnya kita perlu merancang baik masa, aktiviti ebiz maupun personal dan projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu saya sering mengingatkan diri supaya menjadi lebih peka terhadap masa dan peluang untuk mencapai matlamat. Di samping itu saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana. Tips tersebut adalah :
Mungkin ini 5 tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian, ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Walaupun kenkadang kita sering lupa dan leka sehingga mengabaikan task maka cepat-cepat kembali ingat matlamat dan prioriti supaya menjadikan diri lebih berdisiplin. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga pembaca blog rahsiaebiz ini. :) petikan - rahsiabiz.com |
motivasi dan inspirasi
Bagaimana mahu atasi masalah ini ? Saya sebelum ini ada menulis mengenai beberapa tip mengurus stress supaya kita dapat stabilkan minda dan emosi dengan baik. Untuk mencari motivasi, semangat dan inspirasi supaya hidup kita lebih tenang dan gembira. Mungkin saya boleh share beberapa 'trick' untuk memudahkan kita mendapat kembali motivasi, semangat dan inspirasi dalam hidup lebih 'mengegarkan' setiap hari.
Berikut adalah 5 petua mujarab untuk dapatkan meningkatkan motivasi diri :
- Tingkatkan keyakinan diri kita dengan melihat video-video motivasi daripada tokoh² hebat dunia. Saya suka lihat video peninju lagenda dunia Muhammad Ali yang cukup dahsyat. Umur 22 tahun sudah mampu jadi juara World Heavyweight Champion dengan menewaskan gergasi tinju pada masa itu Sonny Liston. Muhammad Ali tidak berhenti setakat itu, ia meneruskan sehingga merangkul 3 kali gelaran dunia walaupun dibantai, ditumbuk dan diasak hampir separuh mati masih mampu untuk bangkit dan menang bergelar juara. Ia suatu yang mustahil tapi beliau telah melakukannya. Hebat dan mengagumkan. Video motivasi beliau mampu memulihkan semangat saya dalam masa singkat... :)
- Tingkatkan kuasa minda kita dengan mempraktikkan konsep Quranic Law of Attraction yang jelas harmoni dengan kaedah Islam. Beruntungnya kita sebagai orang Islam ini mempunyai kuasa Doa, Hikmah Syukur dan Sabar (Redha). Saya rasa ketiga-tiga elemen ini mampu menjadikan diri kita sebagai manusia yang hebat dari dalaman dan luaran. Praktikkanya dan sentiasa yakin dengan kuasa Allahu Rabbul Izzah , Pencipta Agung Sekalian Semesta.
- Tingkatkan fokus dan disiplin diri dengan perancangan sistematik dengan software atau diary/planner yang sesuai. Saya suka guna Goal Pro untuk mengurus matlamat hidup dalam pelbagai aspek seperti Career/Business, Health, Financial, Education, Family dan sebagainya. Soal disiplin ini mmg penting, ada rutin dan peraturan yang mesti dipatuhi. Walaupun ia agak membosankan maupun strict tp rutin itulah yang akan menjadi salah satu faktor kejayaan masa depan. Kita perlu membuat pengorbanan yang besar dari segi masa, duit, tenaga dan apa jua yang ada pada kita dengan disiplin diri yang baik. Saya kerap gunakan Goal Pro maupun diari/planner biasa utk menjadikan diri saya lebih 'well-organize' dan 'focus' berbanding mereka yang tidak pernah merancang disiplin mereka dgn baik.
- Jumpa mentor, sifu atau advisor (penasihat) maupun sahabat atau family untuk mendapatkan pandangan maupun nasihat yang baik. Cari mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tersebut dan analisa pilihan alternatif maupun solusi yang mampu kita laksanakan. Saya banyak bergantung pada mentor saya dalam bisnes antaranya di kalangan para jutawan yang sudah tentu mahir dalam selok belok dan sepak terajang bisnes. Dengan bergaul bersama mentor saya dapat meningkatkan keyakinan diri di samping belajar 'live' ttg pengetahuan & pengalaman mereka yang telah berjaya dan hebat. Ia tidak ternilai harganya..... :) priceless..
- Cari sumber pencetus inspirasi dalam hidup kita.. sama ada inspirasi cinta isteri/suami, kasih anak dan keluarga maupun 'passion' yang ada dalam diri kita untuk membangkitkan kuasa dalaman yang hebat dan dahsyat. Biasanya saya lihat di tempat kerja sama ada di office atau dalam kereta maupun dlm wallet/purse/hp ada gambar org yg disayangi sebagai inspirasi setiap masa. Jika anda tiada pencetus inspirasi, maka saya sarankan kita cari sumber segala inspirasi alam ini iaitu kembali pada Allah SWT... Beristighfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, sptmana hadis Nabi ada menyebut :
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. ~ Riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah
bin Abbas r.a.
Semoga 5 petua mujarab di atas mampu mengembalikan tenaga positif dalam diri kita semua. Apabila emosi distabilkan, fikiran mampu berfikiran positif dan fizikal juga mampu berfungsi dengan optimum. Semua ini cukup penting supaya kita setiap hari sentiasa dalam keadaan bermotivasi tinggi, bersemangat waja dan penuh inspirasi.
Champions aren't made in gyms. Champions are made from something they have deep inside them: A desire, a dream, a vision. They have to have last-minute stamina, they have to be a little faster, they have to have the skill and the will. But the WILL must be STRONGER than the skill.. ~ Muhammad Ali
- dipetik dari rahsiabiz.com
Maksud terima pasangan seadanya
Di dalam perbualan telefon tersebut, wanita muda yang masih bersedih itu meluahkan rasa bersalah, kemungkinan punca suaminya melafazkan talak tiga tersebut ialah kerana kegagalan dirinya menerima suaminya seadanya. Menurut wanita muda ini, suaminya yang seusia dengannya suka sangat menghabiskan masa bersama rakan-rakan hingga sanggup mengenepikan dirinya dan anak kecilnya. Suaminya juga susah nak diajak berbincang dan susah nak dinasihati. Tersilap cakap, suaminya akan merajuk. Menurut wanita tersebut, dia rasa bersalah kerana gagal menerima perwatakan suaminya itu yang merupakan anak lelaki bongsu dan selalu dimanjakan.
Saya yakin, anda faham dengan tujuan saya membincangkan topik kali ini. Ya! Jelas sekali pemahaman wanita muda tadi tentang menerima pasangan seadanya adalah salah dan silap. Maksud sebenar menerima pasangan seadanya ialah menerima kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri pasangan anda dalam erti kata pasangan anda itu mampu dan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranan sebagai suami atau isteri.
Sebagai contoh, jika seorang gadis mengahwini seorang lelaki yang memang telah diketahui mempunyai pendapatan yang jauh lebih rendah berbanding dirinya maka terma menerima pasangan anda seadanya dalam kes ini ialah si isteri tidak boleh memaksa si suami mengeluarkan belanja yang melebihi kemampuan si suami bagi memenuhi keperluan nafkah zahirnya. Tetapi si isteri masih berhak menuntut keperluan yang munasabah dengan keperluan harian dan selari dengan kemampuan si suami.
Jika si isteri telah terbiasa ketika sebelum berkahwin, menikmati hidangan KFC untuk setiap kali makan tengahari sebaliknya si suami tidak mampu menyediakannya, maka si isteri tidak boleh memaksa si suami menyediakannya. Kenapa? Kerana si isteri telah bersedia dan sanggup menerima si suami yang memang telah diketahui tidak mampu menyediakan hidangan KFC untuk setiap kali waktu makan tengahari itu. Inilah contoh kes menerima pasangan seadanya. Jika si isteri memaksa juga si suami menunaikan kehendaknya, bermaksud si isteri tidak menerima pasangan seadanya. Dah kalau tahu lelaki tu tak mampu penuhi selera mewah anda, kenapa tetap memilih dan menerima dirinya? Kalau dah terima, terimalah seadanya.
Samalah juga dengan kes menerima pasangan yang bertubuh besar. Jika semasa bercinta dan seterusnya berkahwin, anda memang menerima fizikalnya yang bersaiz XL atau XXL, anda tidak wajar menyuruh pasangan anda menukar saiz tersebut kepada L atau M kecuali pasangan anda sendiri yang berhasrat untuk membuat perubahan penampilan. Anda hanya berhak bersuara jika semasa berkahwin saiznya L dan selepas berkahwin, dah jadi XL. Jika anda adalah suami, jangan bersuara sahaja sebaliknya anda perlu memberikan perbelanjaan yang patut dan wajar bagi membantu isteri anda kembali ke saiz asal. Kenapa? Selalunya wanita akan bertukar saiz selepas bersalin bermaksud isteri anda menerima kesan yang puncanya juga adalah daripada anda. Lantaran itulah, anda perlu membantu isteri anda kembali ke saiz asal, jika itu yang anda inginkan. Bukannya menempelak, menyindir atau mencaci maki apatah lagi mencari orang lain semata-mata tidak dapat menerima pertukaran saiz tersebut.
Paling penting, menerima pasangan anda seadanya mestilah dalam erti kata pasangan anda itu masih mampu menunaikan tanggungjawab dan menjalankan peranannya yang perlu dan patut di dalam sesebuah perkahwinan dan rumahtangga. Terima kelebihan dan terima kekurangan. Namun, menerima kelemahan pasangan anda bukanlah bererti hingga memaksa anda mengambil alih peranan dan tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh pasangan anda itu. Terdapat perbezaan yang ketara antara suami yang bekerja dan berpendapatan rendah berbanding suami yang enggan bekerja. Suami yang berpendapatan rendah berusaha menjalankan tanggungjawab sebaliknya suami yang malas bekerja, sudah nyata dan pasti dia dengan rela dan selambanya enggan menjalankan tanggungjawab. Sama juga dengan isteri yang enggan dan malas memasak (sinonim sebagai tugas isteri), jauh bezanya dengan isteri yang tidak pandai memasak tetapi tetap berusaha memasak untuk suami.
Lantas, jangan tersalah menilai tentang terma menerima pasangan seadanya. Hakikatnya perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa. Kelebihan adalah bonus untuk dikongsi bersama pasangan. Kelemahan pula bukan untuk dijaja atau diperlekehkan tetapi untuk sama-sama diatasi dan diperbaiki. Malah kelebihan satu pihak adalah untuk menampung kelemahan pihak yang satu lagi. Jangan asyik menuding jari menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan pasangan sebaliknya berbincang dan cari jalan penyelesaian. InsyaAllah, akan wujud kebahagiaan.
Hasil Karya Suzana Ghazali
Friday, November 5, 2010
takutnya................
disampaik an oleh Ustaz AhmadIsmail daripada Singapura... Di riwayatkan begini.....Semasa Nabi Isa
berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam
satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam
kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakahyang
telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa
mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka
nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan
tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya
dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa
kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa
sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan
sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa..
lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata
sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh
nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu
rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual
kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya
kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah
seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang
dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu
dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayudi ikatnya elok-elok dan
pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli
itu..Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya
berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan
ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa
makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara
mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya
dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya
pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu
utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.
Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli
itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana
saya tidak meminta halal akan kayuyang saya cungkil dengan kuku saya
tu, maka saya diseksa selama 70 tahunsebagaimana yang tuan lihat.
Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....
astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat
ini...Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada
drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan
dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan
kepada anak-anak kita ??? Dan juga barang-barang orang lain yang kita
pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti
tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?Sesungguhnya takutlah kita akan
azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah
benar... Dan syurga itu adalah
benar...wassalam
permulaan minggu yang teruk
kadang2 bila masalah kewangan melanda ni, emosi kadang2 tak terkawal, mudah nak marah. pantang kena cuit sikit mulalah nak naik angin.
teringin nak buat insuran, tapi sahabat aku yg sorg tu dh tk peduli kt aku dh..yelah dia pun bosan agaknya bila tk join apa yg dia nk buat...tapi masa tu mmg keadaan tk mengizinkan...
wife aku pulak dh cerita pasal nk bercuti. nak bawa anak2 berjalan. aduh pening. bila mcm ni mulalah emosi tu tk terkawal....nak marah je. nak salahkan wife tk boleh juga pasal aku ni kalau ada masalah kewangan tk suka nk bercerita dgn dia..takpe mesti ada jalan penyelesaiannya. yang penting usaha.