Saturday, July 31, 2010

sabtu yang membosankan

agak lama juga pakcik tk tulis dlm dairi ni....mcm2 dah berlaku sebnrnya...ada yg bosan ada yg menarik ada juga yg membimbangkan....

bosan...apa yg bosan ye?...bosan bila semangat hilang...mana g semangat tu pakcik pun tak tau...adakalanya dh malas nk pandu teksi ni...tapi kalau tk pandu apa pulak yg pakcik nk buat...takkan nk pandu F1 kot.....semangat oh semangat ,,kemanakah ko menghilang? muncullah kau.....sahabat pakcik kata .....kalau kita sentiasa dgn benda yg positif lama2 benda yg negetif dlm diri kita akan hilang....betul juga kata sahabat pakcik sorang tu....yelah masa zaman bisnes dulu...semngat berkobar2....siap kena jemput dgn MARA lagi untuk bg ceritakan pengalaman dan semangat yg ada ...tapi skrg semuanya macam melayang-layang pulak...

hari ahad yg lps ada sorg kwn pakcik minta tlg dgn pakcik....ingatkn nk minta tlg apa....rupanya nk minta tlg RTM nak guna teksi untuk drama hari raya....tak sangka pula teksi pakcik akan masuk tv nanti hehhee.....

hari ni...sabtu 31/7/2010, pukul 10pagi masih lagi minum kt kedai mamak....malas betul....tp kuatkn juga.....dalam malas pun pakcik redah je kemana pun penumpang nk pergi.....kul 1 kawan pakcik call...teksi dia rosak kt jln selangor pj. ...pergilah tgk kejap....ermm distributor rosak,,,,tkde pilihan kena tkr baru.... pukul 2.30 baru siap.....

pukul 5.30ptg sorg lagi kwn call....gas teksi dia abis kt jl syed putra dpn sekolah cina....bergegaslah pakcik kesana bawa minyak sebotol.....tgk jam dh kul 6ptg...malas melanda diri....terus balik rumah

lps isyak ada majlis sambut ramadhan kt kaw rumah ni...best juga bila dapat baca yasin ramai2....teringat masa zaman duduk kat kg, setiap jumat mesti ada majlis bacaan yassin.......rindunya pakcik pada zaman itu.....

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A



  • Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

HENTIKAN ganggaun seksual terhadapi lelaki!!!!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8m4pnyi2UE96knXHhEsE0pRnVWX6CWESX0QHBnxLftlB9W_j1o0POjbZ1SITFPMdF4Gy1j867wHYuDglhXvagx1EbXBweUhtjd2wHm9IDUnVuLJukmyarZuwtYy0tT1tE4VHCfcfqy0Y1/s1600/ganguan+seksual.jpg

Friday, July 30, 2010

Mengatasi masalah Anak

Artikel ini diambil di FB Tn. Guru Dato' Dr. Haron Din.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang
lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs058.snc4/35286_1380296388596_1267528986_31014065_3389532_n.jpg



Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Thursday, July 29, 2010

Terlanjur Membaca, Korang Try Test IQ Korang Dengan Soalan Pada Gambar Kat Bawah Ni... Dapat Tak Jawapan ?? Aku Tak Dapat Siot...!!!

Apa guna membaca Al Quran?

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..
Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.
Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul.
Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.
Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.
Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”
Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.
“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”
Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.
kredit isuhangat

Lima Pelajar Perempuan Dicabul Van Sekolah

(gambar hiasan)





Kepada ibu bapa yang punya anak perempuan yang pergi ke sekolah dengan van diminta berhati-hati memilih perkhidmatan van sekolah. Selidiki serba sedikit latar belakang pemandunya. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga. Takut-takut pemandu van sekolah adalah individu yang jahat!!


[HM] PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.


Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.


Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.


“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.


“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.


Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.


“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Setimpal Pahala Berjihad

Thabarani telah memberitakan dari Ummi Kabsyah ra. yaitu seorang wanita dari suku kaum Adzirah, yakni Adzirah Bani Qudha'ah, bahwa dia telah berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah tidak aku keluar berjihad dengan tentera ini dan itu?" tanya Ummi Kabsyah. "Tidak boleh!" jawab Beliau pendek saja.

"Aku bukan hendak berperang, tetapi aku dapat menolong mengobati orang yang luka, yang sakit, atau barangkali dapat memberi minum orang yang sakit dan mengurusnya!", pinta Ummi Kabsyah lagi. "Kalaulah tidak nanti orang ramai heboh mengatakan si fulanah itu keluar berperang, niscaya aku akan mengizinkanmu", jawab Nabi SAW. "Tetapi sebaiknya, engkau tinggal di rumah saja!" pesan Nabi SAW lagi. (Majma'uz-Zawa'id 5:323)

Bazzar telah memberitakan dari Abdullah bin Abbas ra. dia berkata: Dalam suatu peristiwa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW sebagai wakil dari kaum wanita lain, lalu berbicara kepada Beliau, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini sebagai utusan dari kaum wanita untuk bertanya tentang jihad. Dia telah diwajibkan ke atas kaum lelaki saja, jika mereka mendapat kemenangan akan diberikan pahala yang besar, dan jika mereka terbunuh dianggap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan berbagai-bagai rezeki dan kurnia. Kami kaum wanita yang bersusah payah mengurus segala keperluan mereka apa yang kami dapat?!"

Jawab Nabi SAW: "Sampaikanlah berita ini kepada siapa saja yang engkau temui dari kaum wanita, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak suami itu adalah setimpal dengan pahala jihad, malangnya sangat sedikit di antara kamu yang dapat melaksanakannya". (Riwayat Bazzar)

Manakala Thabarani meriwayatkan cerita yang sama, tetapi sedikit panjang dari yang di atas tadi, katanya: Kemudian telah datang kepada Nabi SAW seorang wanita, lalu berkata: "Aku ini adalah utusan kaum wanita yang diutus kepadamu, dan siapa saja di antara mereka, yang tahu ataupun yang tidak tahu, semua mereka inginkan aku datang kepadamu dan berbicara denganmu. Bukankah Allah itu Tuhan kaum lelaki dan kaum wanita, dan engkau pula adalah Utusan Allah kepada kaum lelaki dan kaum wanita?!

Allah telah mewajibkan jibad ke atas kaum lelaki, maka jika mereka menang mereka diberikan pahala yang besar, dan jika mereka mati syahid mereka akan tinggal di sisi Tuhan, mereka menikmati rezeki dan kurnia-Nya. Apa yang dapat menyamai pahala amalan mereka itu dari ketaaatan kami kepada mereka?"

Jawab Nabi SAW: "Bila kaum wanita itu mentaati suami mereka, dan mengenal hak-haknya. Tetapi malangnya, sangat sedikit sekali mereka yang dapat berbuat seperti itu". (At-Targhib Wat-Tarhib 3:336)

panas hot 18x - kisah benar keluarga saiful

Bapa saiful pernah cuba melacurkan isteri

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.


Azlan Mohd Lazim
(gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:

  • Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
  • Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
  • Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
  • Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.


Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.

(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).

Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

Benarkah saiful akan berkahwin dengan DPP farah untuk mengelak lebih banyak persepsi buruk

SHAH ALAM 28 Julai - Setelah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, desas desus timbul Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan akan berkahwin saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat.


Menurut sumber badan kehakiman yang memberitahu Suara Keadilan, Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Hubungan romantik antara mereka terbongkar apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan dalam portal berita beliau, MalaysiaToday mengenai hubungan sulit Saiful dengan seorang timbalan pendakwaraya wanita.

Bagaimana pun hubungan cinta yang dirahsiakan itu mendapat kritikan hebat daripada pengamal undang-undang yang melihat pegawai Pejabat Peguam Negara itu telah meletakkan perjalanan pendakwaan terhadap Anwar dalam keadaan yang meragukan.

Ini kerana maklumat kertas siasatan pihak pendakwaan berkemungkinan mampu dibocorkan kepada Saiful yang mempuunyai kepentingan dalam kes tersebut sebagai pengadu.

Menurut laman web Pejabat Peguam Negara, Farah Azlina merupakan Timbalan Pendakwa Raya pada Gred L44.

Sebelum ditukar sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan pada 16 Februari 2010 lalu, Farah Azlina yang dipercayai berusia awal 30an bertugas di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan dalam jawatan yang sama.

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Farah Azlina juga digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan, kurang enam bulan pertukaran beliau, atas alasan mengadakan hubungan romantis dengan Saiful.

Bagaimanapun Abdul Gani tidak menyatakan apakah status Farah Azlina di Pejabat Peguam Negara setelah beliau digugurkan.

Sebelum hubungan dengan Timbalan Pendakwa Raya ini, Saiful dikatakan mengikat tali pertunangan dengan Janna Syariza Mohd Zaki.

Wednesday, July 28, 2010

Pak Long Selagi Ada Rindu

sesal kemudian tak berguna

Assalamulaikum

Hayat kehidupan kita di dunia ini sebenarnya cukup singkat. Lebih singkat dari apa yang dapat kita bayangkan sebenarnya. Katakan usia kita di dunia ini adalah 70 tahun, kemudian ditolak waktu bayi dan kanak-kanak ketika sebelum akil baligh 15 tahun, kemudian ditolak lagi waktu tidur, maka kita sebenarnya hidup dalam jangka waktu yang sangat terbatas.

Usia kehidupan kita yang relevan secara kasar jika kita buat sedikit pengiraan kasar hanyalah 41 tahun sahaja.

= 70 – 15 (bayi-baligh) – (6 jam*365 hari*(70-15)) = 41 tahun (anggaran sahaja)

Jika dibandingkan dengan umur bumi ini yang telah mencecah 4.54 billion tahun, kehidupan kita ibarat sebuah titik kecil di atas satu garisan panjang yang hanya akan kelihatan jika dilihat dengan mikroskop berkuasa tinggi. Itupun jika diandaikan usia kita sehingga 60-70 tahun.

Tapi siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa kita boleh hidup sehingga usia tua? Sedang saban hari kita melihat maut menjemput manusia tidak kira tua muda pangkat dan harta.

Kehidupan kita yang sebenar adalah kehidupan abadi di akhirat nanti, kehidupan yang tiada penghujungnya dan kehidupan panjang kita itu akan ditentukan oleh kerja kuat kita dalam kehidupan singkat kita di dunia ini.

Kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang pasti kita akan sampai padanya suatu hari nanti, seperti mana kita pasti akan munculnya matahari pada keesokan harinya.Suka atau tidak, lambat atau cepat, suatu hari nanti kita pasti akan berada samada di syurga atau di neraka.

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)

Dalam jangka waktu yang singkat ini, kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dan mendapatkan rahmat dan keampunan Allah, kerana hanya dalam hayat yang singkat ini sahaja kita berpeluang untuk meraihnya.

Perkara-perkara ini bukanlah di luar pengetahuan kita, bahkan telah kita ketahui sejak lama dahulu, tapi sering kita terlupa kerana disibukkan dengan urusan dunia.

Sibuk atau tidak, jahil atau alim, lemah atau kuat, kita tetap tidak akan terlepas dari menghadapi pertanyaan dan balasan dari Allah. Jika di dunia ini kita boleh mencari alasan-alasan dan kambing hitam untuk menutup kelemahan, menyalahkan keluarga, kawan-kawan, kerajaan, yahudi, zionis, illuminati dan sebagainya atas kelemahan dan kelalaian kita, tapi ingatlah pada hari pembalasan, tidak akan diterima sebarang alasan.

Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Kalau tidaklah kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman”. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa”. Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “(Tidak) sebenarnya tipu daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya”. Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. (Saba: 31-33)

Benarlah pepatah orang terdahulu: Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Guna.

Wassalam

Tuesday, July 27, 2010

Gambar Mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar berhibur

Zizie Ezette dan Bung Mokhtar yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai perkahwinan rahsianya kini kembali lagi dengan penyebaran gambar mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar yang sedang berhibur dan bergembira ni… pastinya kami pun tumpang gembira dengan kebahagiaan yang mereka kecapi ni.

Penyebaran luas gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bermesra ni agak mengejutkan Zizie namun beliau tidak kisah kerana tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi, hubungan mereka telah pun diketahui umum.

‘Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun, Gambar itu tersebar tanpa pengetahuan atau izin saya atau suami. Mungkin gambar itu diambil oleh peminat atau orang awam. Tapi saya tidak kisah. Tiada apa yang hendak disorokkan lagi.”

“Kami sudah menjadi suami isteri yang sah. Pada saya tiada apa yang perlu disorokkan lagi. Malah, kami sama sekali tidak pernah berselindung mengenai perkahwinan ini,” kata Zizie Ezette..

Apa-apa pun jom kita layan gambar mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ni berhibur…

Gambar Mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar clubing

Gambar Mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar

Gambar Mesra Zizie Ezette dan Bung Mokhtar berhibur

Gambar Jutawan Malaysia habiskan 2 juta berhibur dengan Paris Hilton

Artis Malaysia gambar artis | 27 July, 2010

Taek Jho Low jutawan Malaysia yang dikatakan menghabiskan 2 juta usd sehari semata-mata untuk berhibur dengan Paris Hilton, memang kaya jutawan hartanah kita ni.. ada gosip-gosip yang mengatakan yang diaorang ni tengah hangat bercinta.. entah lah.. takkan boyfriend Paris Hilton lepasni orang Malaysia pulak kan.. memang beruntung la Taek Jho Low ni… Dengarnya usd 2juta tu dibelanjakan untuk membayar minuman keras termahal untuk Paris Hilton dan rakan-rakan dia di Les Caves du Roy nightclub…

Menurut British tabloids, Taek Jho Low ni memang selalu menghabiskan masa dengan Paris Hilton ni.. ntah berapa juta dia dah habiskan.. Diaorang gelar Taek Jho Low ni sebagai “Malaysian mystery businessman”.. Biar la diaorang nak gelar apa pun.. yang penting Taek Jho Low hidup bahagia disamping Paris Hilton ni kan.. Sejak Taek Jho Low banyak menghabiskan masa dengan Paris Hilton, nama dia banyak mendapat tempat di majalah dan laman selebriti Hollywood.. Popular sekejap dia ni di Hollywood… Apa-apa pun jom kita layan gambar Taek Jho Low jutawan Malaysia yang berhibur dengan Paris Hilton nie…

gambar jutawan malaysia habiskan 2 juta usd untuk paris hilton


2 juta usd untuk berhibur dengan paris hilton

paris hilton party photo with Malaysian mystery businessman

Malaysian mystery businessman with paris hilton party

Taek Jho Low and paris hilton dating

Taek Jho Low and paris hilton

Taek Jho Low party with paris hilton


paris hilton and friend drunk at club

paris hilton clubbing with new paris hilton boyfriend

"Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!"

"Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!" Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, ketika menceritakan pengalamannya menyerah memorandum kepada PM Najib Razak.

"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri," kata Lau Lee (gambar kiri).

"Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," Lau Lee menceritakan bagaimana beliau dilayan oleh pengawal PM, dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ngeri Pahang, semalam.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Lau Lee menggesa agar Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai membawa mesejnya ke dalam kabinet untuk disampaikan kepada PM. "Kalau boleh, pecat pengawal ini segera!"

Lau Lee selaku Pengerusi MCA bahagian Jerantut, Pahang, mengetuai satu rombongan untuk menyerah satu memorandum berhubung masalah tanah kepada PM, semasa lawatan Najib Razak ke situ pada 3 Julai 2010. Tanpa diduga, Lau Lee menerima layanan yang buruk daripada pengawal PM, yang mendakwa dirinya bernama Sulaiman.

Malah, menurut laporan China Press, Lau Lee dipetik berkata, "Saya menyerah memorandum kepada PM sebagai seorang ADUN, tetapi perlu mengharungi pelbagai rintangan, daripada polis, setiausaha, pengawal..." Beliau juga berkata, "Walaupun PM melaung-laungkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan', tetapi setiausahanya, pembantunya, pengawalnya tidak ikut (menyahut seruan PM)..."

Disindir musuh parti

Lantaran daripada laporan tersebut, MCA disindir oleh PKR dari Pakatan Rakyat. ADUN Teja negeri Perak, Chang Lih Kang (gambar kanan) menyifatkan peranan MCA tidak setanding biarpun sebagai "penumpang". Chang Lih Kang sebaliknya menyindir bahawa kejadian layanan buruk pengawal PM terhadap ADUN MCA ini sekali lagi membuktikan bahawa hubungan MCA dengan UMNO dalam Barisan Nasional ibarat "hamba dengan Tuan".

Malah, Chang Lih Kang berkata pemimpin senior MCA ini hanya mengungkit kejadian yang menimpa individu, tetapi tidak menyentuh isu besar seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), penyelewengan dalam pembelian senjata..., kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan UMNO.

*Diterjemah dan disunting dari teks asal.

hubungan romantik saiful-farah azlina (timbalan pendakwaraya) salah - AG gugurkan farah


PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) — Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantik” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

— Bernama

isteri harus mudah meminta maaf utk keberkatan

Kesilapan senangtiasa terjadi dari suami mahupun isteri..Tapi meminta maaf adalak sesuatu yang amat sangat kekok jika kita tidak lazimkan. Namun isteri yang tidak pernah dan payah meminta maaf atas kesilapnnya amat sangat di murkai Nabi Muhammad atas kejadian yang berikut…

Sayidatina Fatimah Az-Zahra pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w. Untuk memohon maaf kepada suaminya sampai 70 kali hingga tersenyum Sayidina Ali menyaksikan kelucuan Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu.Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan ditaqdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah S.A.W dalam menegakkan hukum ALLAH. Suami mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga sedangkan Rasulullah S.A.W hanya berhak memberi panduan dan nasihat sahaja

Oleh itu kita tiada pilihan lain melainkan memiliki iman. Hanya orang yang beriman sahaja yang sanggup tunduk di atas segala perintah dan tegahan Illahi. Hanya wanita-wanita yang beriman sahaja yang senantiasa berdoa semoga ditunjuki jalan yang lurus sepertimana permohonan kita setiap kali mendirikan sembahyang:

Tanggungjawab suami MITHALI

Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga.

Mengajarkan ilmu fardhu ain (wajib) kepada anak isteri yaitu ilmu tauhid, fiqih dan tasawuf.
Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya sesuai dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Ilmu fiqih diajarkan supaya segala ibadahnya sesuai dengan kehendak agama.Ilmu tasawuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya daripada dirosakkan oleh rasa riyak, bangga, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
Ada ulama berkata:
‘Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun.”

Tidak menzalimi anak isteri yaitu dengan:
Memberikan pendidikan agama yang sempuma. Memberikan nafkah lahir dan batin secukupnya.
Memberi nasihat serta menegur dan memberi panduan/ petunjuk jika melakukan maksiat atau kesalahan. Apabila memukul jangan sampai melukakan (melampaui batas).

Melayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan

Memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, mengomel serta
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah agama

Memaafkan keterlanjurannya tetapi sangat memperhatikan kesesuaiar2.
tingkah lakunya dengan syariat

Berbicara dengan isteri dengan lemah-lembut

Kurangkan perdebatan dan Memelihara maruah mereka

Insyallah Keluarga Bahagia , aman dan redhai Allah senangtiasa…Amin

4 jenis perempuan @ isteri yang berada di NERAKA

Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tidak ada di rumah ia fidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia memakinva (memarahinya).

Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang suami fidak mampu.

Perempuan yang fidak menjaga auratnya dari kaum laki-laki dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lakilaki).

Perempuan yang fidak mempunyai iujuan hidup kecuali makan minum dan tidur, dan ia tidak inau berbakti kepada Allah dan fidak mau berbakti kepada Rasul-Nya dan fidak mau berbakti kepada suaminya.”

Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifal-sifat ini akan dilaknati kecuali jika dia bertaubat

Pesanan Orang Tua-Tua Melayu Untuk SUAMI

PERJUMPAAN YANG MANIS - Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK - Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

BERSAHABAT DAN SANTAI - Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja, sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.

GURAUAN DAN SELINGAN - Senda gurau menceriakan suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.

BANTU DALAM TUGAS - Lakukan apa saja yang anda berupaya dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

MUSYAWARAH - Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

BIJAK MERANCANG KEWANGAN KELUARGA - Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan kitaa.

TEGUR PERBUATAN ISTERI TETAPI MAAFKAN DIRINYA - Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

Petua Memulihkan Semula Rumah Tangga Yang Pudar




















1. Luahkan masalah yang selama ini dipendam. Pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang
mengenainya.

2.Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk
percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.

3.Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau
saudara mara.

4.Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.

5. Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami
isteri.

6. Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.

7. Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.

8. Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

9. Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama-
sama anak-anak.

10. Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan
dan keperibadian.

touching story

SEMOGA JADI IKTIBAR…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

kisah moden penuh tauladan

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1) Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2) Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3) Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4) Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5) Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6) Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7) Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.

8) Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9) Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1) Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.

2) Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3) Sering membaca Surah Al-Waqiah

4) Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5) Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

6) Suka menolong orang Dan memberi derma.

7) Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.

8) Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9) Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1) Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2) Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3) Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)

4) Sering bertengkar dengan isteri.

5) Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6) Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7) Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8) Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.


Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???


-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???


-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???


-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa???



Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Berita Harian Online | Syaaban peluang bersih hati, siapkan diri berpuasa

Berita Harian Online | Syaaban peluang bersih hati, siapkan diri berpuasa

Malam Nisfu Sya'aban 1431H

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &

pohonlah segala yang baik dan munafaat.


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3. Baca surah al-Ikhlas 1000x


4. Berpuasa pada siangnya
)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya
Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Moga kita mendapat Taufiq dan Hidayah dari Nya - InsyaAllah

Wallahua'alam