Sunday, May 30, 2010

http://www.rahsiaanakpintar.com/index.php?ref=sahabat7079


















Gemuruh
Artist: Search, Feat: Wings


Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa


Teguh
Artist: Search

Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti

Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan

Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta

Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia

Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku

Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta

Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu

Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu

GAYA KEIBUBAPAAN MEMPENGARUHI KECERDASAN MINDA ANAK







Gaya keibubapaan yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia dan mempengaruhi kecerdasan minda anak-anak. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu mereka menggunakan gaya yang berbeza dalam berkomunikasi dengan anak-anak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji daripada Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj Yahya mendapati bahawa gaya keibubapaan AUTORITATIF merupakan yang terbaik dapat mempengaruhi motivasi belajar anak.

Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi.

”Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.


Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.


Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.


Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.


Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.


Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.


Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.


Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.


Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.


Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.


Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.


Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.”

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK




1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali

63 petua keluarga bahagia


















Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

* Mental, pendidikan dan ilmu
* Emosi
* Fizikal dan ekonomi
* Sosial
* Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

* Pendapat atau pandangan
* Hobi
* Kegemaran
* Makanan
* Cita rasa
* Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah*

Saturday, May 29, 2010

5 perkara vs 5 perkara






Rahsia Surah Yassin ayat ke 58














Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

Ayat-ayat amalan















1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102

2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 69
Surah Al-Hasyr: ayat 22 – 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 – 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]

Friday, May 28, 2010

anak pakcik




inilah anak pakcik...anis syafiqa..masa ni dia baru drjh 6..dapat anugerah tokoh murid..ayah doakan semoga kakak berjaya dlm hidup...amin

petua mencuci hati
















Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.














Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

10 kunci kejayaan di dunia dan di akhirat

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

2. Kunci kemenangan adalah sabar.

3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.

4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.

5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.

6. Kunci maksiat adalah kesombongan.

7. Kunci solat adalah taharah.

8. Kunci ibadah haji adalah ihram.

9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.

10. Kunci syurga adalah tauhid.

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tipu daya syaitan terhadap manusia

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.

Source: iLuvislam.com

Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir

Hadith: Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.” - (Muslim)



Huraian
Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya. Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan. Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T. Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

rahsia untuk mendapatkan anak pintar

INFO: Tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
* Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Thursday, May 27, 2010

letih dan lesu

minggu ni terasa betul penatnya....tau kenapa penat? bila hasil yg diharap tak setimpal dgn usaha...tapi takpelah..dah itu rezeki yang Allah berikan....pakcik kena usahakan juga...tk blh lemah semangat...adakalanya bila dh letih ni....byk janji2 yang pakcik buat pun terabai....janji dgn isteri,,janji dgn anak2..janji dgn kwn2..janji dgn sahabat..dan yg penting janji dgn Allah.. .janji? tapi rasanya pakcik ada sebut insyaAllah...maksudnya dgn izin Allah...takpelh..nanti pakcik akan cuba tunaikannya satu persatu...

Monday, May 24, 2010

Dayus dan cemburu mengikut perspektif Islam

Khas bacaan untuk lelaki. Manfaat buat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga. tapi kalau perempuan nk baca pun apa salahnya ...Insyallah..

Pergertian Dayus

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :

Sabda Nabi :

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

An-Nuhas :

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya” ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina” (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai �tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi Saw bersabda :

Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika:

  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman.. jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi Saw bersabda :

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Via : www.zaharuddin.net/

ahad - 23/5/2010

agak lama juga pakcik tk cerita psl kerja pakcik ni...bknnya apa...kdg2 semangat hilang....nasib baik kwn2 pakcik bagi semangat...hari ni mcm biasa....pakcik keluar kerja lewat sikit....pagi2 bawa wife dn anak2 pakcik makan roti canai kat gerai tepi jln besar kg medan.....lps tu wife nk beli lauk kat pasar pagi...settle semua dh pukul 10 am. ...pakcik kalau dh lewat ni biasanya terus menghala ke sunway piramid(port pakcik le ni).....tunggu dekat 1 jam baru dpt penumpang....nasib baik nk g ke kl...dapatle pakcik rm 27....lps hntr pakcik masuk balik ke piramid....tunggu punya tunggu adalah sorang awek indon nk g lcct....tp bila g tanya harga kat kaunter terus tk jadi....yelah harga rm98....tu yg tk jadi tu....pakcik pun laju jelah dptkn awek tu...awek tu nk byr rm 60 je....emm pakcik mls nk demand terus je ajak dia naik teksi...yelah dh tu rezeki hari ni buat apa nk tolak....tapi kalau ikut meter pun lebih sebenarnya...dlm rm 70...tapi tak tkpelah..pakcik redha....mungkin ada rezeki lain ...kata hati pakcik....emm betul rupanya...Allah mmg dgr apa yg pakcik harapkn...pukul 11 mlm tk jauh dr kedutaan USA adalah couple mat salih ni nk g KLCC....bknnya jauh pun dekat je tempat ni dgn KLCC....dia tanya berapa? pakcik jwblh ikut meter...tapi mat salih ni tk nk....dia nk byr rm 20....musykil pakcik kt matsalih ni...heheh tp tkpelah dh dia nk juga, pakcik hantar jelah.....sampai klcc ...meter baru rm4.50....emmm dah rezeki pakcik....moral of the story...jgn berkira sangat dgn org ni....mesti ada balasan kalau kita tk berkira....alhamdulilah

MALAIKAT JIBRIL, KERBAU, KELAWAR DAN CACING

assalamualaikum....insaf betul pakcik bila terbaca cerita ni dlm berita minggu hari ni- 23/5/10....
erm....kenapa insaf ....1. binatang pun tau bersyukur dgn apa yg Allah dh tentukan.....2..binatang pun tak nk jadi manusia pasal takutkan dosa jika tidak beriman....tapi manusia tk pernah pun fikir ( atau pn malas nk fikir) ...sebab tu umat Nabi Muhamad s.a.w tk kisah pun buat dosa....bila dh tk kisah psl dosa maka byklh maksiat yg berlaku.....org islam skrg bangga buat dosa...minum arak, judi, dadah dh berzina....nauzubillah....pada pakcik...kita kena mencegah dulu perkara2 yg mungkar ni...mcm pepatah org putih...prevention is better than cure....tapi org zaman skrg ni buat dulu perkara mungkar....lps tu baru nk dirawat...mmgle susah...cubalah semua org tau batasan...mesti senang kan?...contohnya kalau dh tau benda tu haram , jgnlh dibuat...di sini pakcik nk ingatkn diri pakcik dan juga sahabat pakcik ...agar jaga batasan yg ada....jgn dilepasi batasan tu....insyaAllah mesti Allah akan pelihara diri kita...yg penting kita mesti sentiasa mengingatiNya......jgn dilayan perasaan yg bkn2 tu......benda yg tak elok ni akan jadi barah kalau kita biarkn terus menguasai diri kita......ya Allah ya tuhanku....Engkau peliharalah keluargaku, sahabatku, muslimin dan muslimat dari segala perbuatan keji dan mungkar dan jadikanlah kami golongan org2 yg beriman...amin

MALAIKAT JIBRIL, KERBAU, KELAWAR DAN CACING



Suatu hari Allah S.W.T. memerintahkan malaikat Jibri A.S. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah S.W.T. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril A.S. segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril A.S. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau,
"Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril A.S. segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril A.S. mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai seekor kelawar".
"Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.
Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril A.S. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril A.S. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah S.W.T. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholeh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Sunday, May 23, 2010

kelebihan wanita

Sampaikanlah kpd para wanita......
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum
keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika
yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah
kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak
sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa
tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika
berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau
potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita
macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak
dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di
kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala.
Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.... Dipetik daripada Bayan
Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari
1992. ............ ......... ......... ......... .... Hadis nabi mengenai
wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Friday, May 21, 2010

Erti titisan air mata

Wanita seringkali dikaitkan dengan air mata.Terlalu sedih, gembira, insaf dan lain-lain antara punca mudahnya air mata seorang perempuan itu gugur.Juga satu-satunya senjata yang mampu melemah dan menundukkan kaum lelaki (?).Selalu dengar sahabat-sahabat meluahkan perasaan..kenapa ye perempuan ni mudah sangat mengalirkan air mata.Lebih-lebih lagi bila bergelar isteri dan diri sedang berbadan dua.Entahlah..mungkin ada sebabnya, terlalu sensitif atau beremosi ketika itu dan mungkin tak bersebab.Pun begitu, ada juga lelaki yang mudah menangis..macho pe.ehehe.Apapun, sama-sama kita pastikan agar air mata yang tumpah itu tidak sesia begitu sahaja.Paling penting biarlah dialirkan ke lurah-lurah yang disukai Allah..

Ketahuilah, pecinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang abid.Alangkah sedikitnya hartaku, keluh seorang hartawan.
Itulah perbezaan asbab antara tangisan dua insan yang bergelar hamba Allah.
Firman Allah swt yang bermaksud:"Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang". (al-Hasyr:20)
Sabda Rasulullah s.a.w :"Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah".
Sabdanya lagi:"Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali"

Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan kerana ada tangisan yang mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya..Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak yang dia akan bertakhta.
Nabi s.a.w bersabda:"kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih lebih Allah sukai daripada satu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur".

Sedarilah, ketawa yang berlebihan adalah tanda lalai dan kejahilan.Ketawa seorang ulama' dunia akan hilang ilmunya, hilang wibawanya.Manakala ketawa seorang jahil semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi s.a.w bersabda:"Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa".
Seorang hukama' pernah bersyair :" Aku hairan melihat orang ketawa kerana perkara -perkara yang akan menyusahkan lebih banyak dari perkara-perkara yang menyenangkan".

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya.Kita ketawa walaupun sedar diri kosong dari amalan.Nabi s.a.w ada bersabda:"Sesiapa yang buat dosa dalam keadaan ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis!".Nauzubillah min zalik..Kekadang kita tak sedar berada dalam situasi begini.Mungkin dosa yang dilakukan itu dianggap terlalu kecil.Kerana itu, usah dipandang kecilnya dosa tapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa.Seorang kafir memandang dosa itu ibarat lalat yang hinggap dihidungnya lalu dihalaunya namun seorang mu'min melihat dosa seolah-olah bukit yang akan menghempapnya.
Bukankah Nabi s.a.w pernah bersabda:"Neraka itu dikelilingi nikmat, syurga itu dikelilingi bala'.

Justeru, bila sedar diri diselaputi dosa maka segeralah bertaubat.Kesal dengan dosa yang dilakukan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu adalah banjiran air mata Nabi Adam a.s kerana bertaubat.Lalu subur dan sejahtera bumi kerana terangkatnya taubat.Alirkan air mata kerana takutkan murka Allah..
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :"kalaulah semua orang masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu".
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya: "kenapa engkau menangis? Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang".
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan lalu dia mengharamkan matanya dari memandang langit seumur hidupnya seraya berkata:"sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu".
Tanyalah orang-orang soleh mengapa mereka tidak berhibur? Jawab mereka:"bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur itu di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami adalah Allah".
Usah biarkan air mata gugur tanpa erti.
CINTA & CIPTA ~ SWEET CHARITY '88

Berjalan Terus Berjalan
Tentui Jalan Nak di Tuju
Mencari Terus Mencari
Intan Bukan nya Batu

Berliku Jalan Berliku
Berbagai Rintangan Bagiku
Tabahkan Rasa Hatimu
Kita Titi Satu Persatu

Dirimu Serta Diriku
Hidupku Juga Hidupmu
Cinta Dan Cipta Yang Satu
Hanya Takdir Yang Menentu

Hidupmu Serta Hidupku
Diriku Juga Dirimu
Hanya Takdir Yang Menentu
Cinta Dan Cipta Yang Satu

Mendaki Hingga Ke Puncaknya
Berenang Hingga Ke Seberang
MATLAMAT HIDUP KITA
PASTI AKAN BERJAYA

Mendaki Hingga Ke Puncaknya
Berenang Hingga Ke Seberang
MATLAMAT HIDUP KITA
PASTI AKAN BERJAYA

Dirimu Serta Diriku
Hidupmu Juga Hidupku
Cinta Dan Cipta Yang Satu
Hanya Takdir Yang Menentu

Hidupmu Serta Hidupku
Diriku Juga Dirimu
Hanya Takdir Yang Menentu
Cinta Dan Cipta Yang Satu

Friday, May 14, 2010

waliband - tobat maksiat

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahaladzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahaladzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahaladzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahaladzim
Cepat ucap astafighrullahaladzim

Thursday, May 13, 2010

rabu - 12/5/2010 - bicara buat teman.

makin lama pakcik rasa makin suram je hidup ni...napa je....teringat di zaman persekolahan...seronoknya....hidup senang tanpa masalah......kecuali masalah yg dibuat sendiri hehhe

mana perginya kwn2 pakcik yg dulu.....rasanya ada juga yg sudah kembali ke rahmatullah...mungkin juga ada yg sudah jadi manusia yg berjaya...berjaya di dunia dan di akhirat..mungkin ada juga yg jadi sampah masyarakat...berpelisiran di lorong-lorong gelap....mencari cahaya yg belum tentu tiba.....

Tuesday, May 11, 2010

salam terakhir

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


best tak lagu ni.....kawan pakcik masa belajar form 6 dulu suka nyanyi lagu ni....kawan pakcik tu namanya abd hamid selamat....hari ni dia sms kat pakcik...katanya...oii ko tknk wish hepi besday kat aku ke? pakcik lupa rupanya....selamat hari lahir cikgu hamid...semoga lebih berjaya dan dibwh lindunganNya...amin.....lagu ni juga pakcik nk dedikasikan pada uncle burn yang meninggal 2 minggu lepas dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....dan juga untuk seorang lagi sahabat baik pakcik.....semoga dia berbahagia dan dapat mencari teman sejati

Monday, May 10, 2010

isnin - 9/5/2010 - isnin yang suram

masih penat lg ...tp rezeki kena juga dicari.....suasana lengang hari ni...mana ye perginya semua orang? ....ooo mgkn dh nk masuk tgh bulan......orang lebih berjimat cermat....semuanya naik bas atau tumpang kawan2 kot,,,,,takpelah mgkn sebelah petang rezeki ada....Ya Allah Ya Tuhan tu, Engkau murahkanlah rezeki ku....amin...amin ya rabal alamin.

tghari ni org umah pakcik ajak g makan nasi arab kat sek 7 shah alam.......sedap katanya tapi pakckik rasa biasa je.....kenalah puji juga sikit nanti dia merajuk pulak.......lps makan org umah nak ajak g singgah kedai MPH kat subang parade....nak belik novel katanya....org umah pakcik ni mmg suka baca novel......emmm pakcik layankan aje.... akhirnya pakcik antar dia balik rumah...tgk jam dah pukul 4.45pm.....emmm letih juga ni...dah le pagi td dpt sikit....takpelah..pakcik kuatkn semangat juga....

pakcik sampai umah pukul 10.30pm ...emmm lega rasanya...dapatlah nak melunjurkan kaki yg dah kejang ni hehhe

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Sunday, May 9, 2010

ahad - 9/5/2010

hari ni pakcik tak kerja....pakcik nk g hantar anak pakcik - anis syafiqa balik ke asrama di MRSM pekan....1st time nak g sana...kena keluar awal kalau tak nanti sesat pulak...apa ye yang ada kat pekan? tapi kawan2 wife pakcik awal2 lagi dh kirim keropok lekor...sedap ke keropok lekor sana? kalau setakat rasa biasa je kat shah alam pun ada kilangnya...hehhe takpelah nanti beli baru tau sedap ke tak...


dekat pukul 1.30am baru sampai umah..aduh penatnya......oklh pakcik nk tido dulu...wasalam

ahad - 9/5/2010 - selamat menyambut hari ibu

pakcik nk ucapkan selamat hari ibu utk wife pakcik kerana dia telah menjadi ibu yg baik untuk anak2 pakcik.


selamat menyambut hari ibu

wahai ibu
engkaulah pengayum
engkaulah pelindung
tanganmu lembut membelai
kata-kata mu menyejuk hati
teman di kala suka
penawar segala duka
kau lilin yang menerangi
kau penyuluh hidup kami
derita yang kau lindungi
disebalik kabus wajahmu
kau tabah ketika diuji
segala yang kau lakukan
penuh dengan kejujuran
penuh rasa kasih sayang
tiada kegembiraanku selain
dari melihatmu bahagia
dan tiada yang lebih nikmat
selain dari memilikmu
sebagai ibu
tak terbalas budimu yang ikhlas
hanya doa sebagai pengganti


sumber: sinar harian 8/5/10



Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aisyah

Duhai Apakah Gerangan BuDi Balasan
Bagi Insan Melahirkan
Membesarkan

Bercucuran Airmata Bila Mengenangkan
Betapakah Besar BuDi Ibunda Berikan
Siang Malam Menderita
Hingga Entah Bila
Sungguh Besar Pengorbanan
Ibunda Berikan

Tiada Bahagia Jika Tiada
Doa Puja Restu
Syurga itu Telapak Kaki Ibu




Ibu - P.Ramlee

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu



Berikanlah kasih sayang selagi Ibu kita masih hidup, sia-sia saja kita memberikan bunga dan tangisan jika Ibu telah pergi, kerana Ibu tidak akan boleh melihatnya lagi.

When Mother prayed, she found sweet rest,
When Mother prayed, her soul was blest;
Her heart and mind on God were stayed,
And God was there when Mother prayed!
Our thanks, O God, for mothers
Who show, by word and deed,
Commitment to Thy will and plan
And Thy commandments heed.
A thousand men may build a city,
but it takes a mother to make a home.
No man is poor who has had a godly mother!

sayangi ibu Pengorbanan Seorang Ibu (Renungan Hari Ibu)

Saturday, May 8, 2010

sabtu - 8/5/2010 - bicara tentang janji

salam....hari ni pakcik takde cerita menarik pasal teksi.....masih masalah yang sama.....lupakanlah seketika pasal teksi...ok hari ni pakcik nak cerita sikit pasal janji...

janji.... pakcik yakin semua orang mesti pernah berjanji. sama ada ditunaikan atau tidak, janji itu jaraknya sgt dekat dgn mulut kita. masalahnya janji itu datang bukan kerana menepati janji, tapi kerana mungkir terhadap janji yang sudah dibuat.

kali ini pakcik cuba ingatkan balik, bahawa janji itu adalah sgt penting untuk ditepati. Janji adalah hutang. Hutang itu harus dibayar. Bagaimana kalau masalahnya membayar hutang ini bukan terletak pada apa yang nak dibayar, tapi lebih pada masa yg sudah terlewat begitu saja pasal kita tak pandai untuk menepati janji. pening? pakcik pun pening juga ni hahaha

mcm nilah, kalau janji itu adalah hutang yang mesti dibayar, kemudian setelah kita berjanji akhirnya kita tak tunaikan, maka akan ada diantara kita yang kemudian berpikir, “okeylah, suatu masa nanti aku mesti bayar”. Suatu masa? bila tu masanya? Bagaimana kalau kesempatan membayar hutang itu memang cuma datang sekali? mana tau sebelum sempat kita tunaikan janji kita dh meninggal? heheh ngeri juga ni pasal pakcik pun byk janji yg tak tertunai lagi

hadis nabi:
حدثنا ابن سلام حدثنا اسماعيل بن جعفر عن ابي سهيل عن نافع بن مالك بن عامر عن ابيه عن ابي هريرة. أن رسول الله صلعم قال: أية المنا فقين ثلاث. اذاحدث كذب اذا وعد أخلف اذائتمن خان.(صحيح بخاري.صحيفه.65:4)
ertinya:”Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga cara. Apabila berkata ia dusta, Apabila berjanji ia ingkar, Apabila di percaya ia khianat”. (Shahih Bukhori. hal:65, juz:4)

Untuk kita yang beragama Islam tentu dah biasa dengan hadis ini. ugama lain pun pakcik rasa sama je yg di ajar psl janji ni. setiap janji yang terucap mesti ditepati, dengan sedaya upaya . pakcik bknnya nak cerita byk psl hadis ni, pakcik cuma ingatkn aje.....renung-renungkan


jumaat - 7/5/2010

ingatkan malas nk update hari ni.....tapi rajinkan jugalah..tak baik ada sifat malas ni.. setan mmg suka kalau sifat ni ada kat kita...

hari ni macam biasa, pakcik keluar awal pukul 7 pagi. ada cikgu sekolah assunta minta tolong hantarkan g sekolah. duduk tak jauh d umah pakcik...pakcik kalau golongan cikgu2 ni pakcik tak berapa berapa berkira sangat.....pakcik menghargai dan hormat kat golongan ni(yang ikhlas mengajar). yelah cikgu2 ni lah yang mengajar dan mendidik anak bangsa kita untuk jadi org yg berilmu.....setinggi mana pun jawatan seorang itu contohnya seperti Perdana Menteri, dia tetap bermula dari sekolah. so sapa yang mengajar? cikgu2 ni lah.

letih juga hari ni, beratur panjang kat sunway pyramid. inilah port pakcik waktu petang. kat sini macam2 org yg pakcik jumpa. yang muda, yang tua, yang bayi dan yang bangka...hehhehe....kat sunway pyramid ni gunakan sistem kupon, penumpang kena beli kupon kat kaunter tiket.....tak payah bayar kat pemandu......semasa beratur dari jauh tu pakcik tgk ada sesorang wanita keluar dr kereta BMW.....lagak gaya macam mak datin ( atau kawan mak datin) menuju ke kaunter tiket...mgkn nak g beli tiket kot...tapi tak jadi beli.....mahal katanya.....kesian mak datin ni, pakaian dah sikit punya VOGUE tapi tiket harga rm9 pun mahal katanya...ish ish ish....baik lagilah mat-mat indon yang kerja kontrak tu....bayar je tkde byk soal.....setakat rm9 pun nak berkira ye..

hari ni pakcik kurang bernasib baik,, asyik dapat hantar yang dekat2 je.....rm5 , rm 5 dan rm 5 lagi hehhe takpelah dah rezeki pakcik kot....jalan pulak tu bila dah petang semakin sesak.....maklumlah kat malaysia ni ramai org kaya...semua nak pakai kereta....yelah senang sangat nk beli kereta kat malaysia ni......budak2 lepas sekolah ( yang baru kerja) pun boleh beli kereta. yelah mcm2 promosi yg penjual kereta buat....zero downpayment......so apa lagi semualah nak beli....kesudahannya berlambak2 kereta kat atas jalan raya....kerajaan pulak tk de buat polis pasal kereta ni..yelah kereta baru ada...kereta recond ada kereta yg dh buruk2 tu pun ada juga kat jlnraya......cubalah buat new polisi setiap 10thn kena lupuskan kereta lama.....mesti jln raya tak sesak.....

hari ni pakcik sampai rumah pukul 9.30mlm.....letih
keluar pagi balik malam.....apa nk buat taik kambing bulat2( pantun zaman budak2 dulu) hehhe... sampai umah tgk anak2 pakcik tgh ulangkaji pelajaran....hilang penat pakcik bila tgk anak2 pakcik ni.....belajarlah rajin2 nak...ubah hidup kita ni......jgn biarkan kesusahan sentiasa menghimpit kita......

anak pakcik yang no 3- aisyah, biasanya yang dh tunggu dpn pintu kalau pakcik balik ni...biasanya dia akan suruh pakcik dukung dia dulu, peluk dia dan sayang dia....rindu kat pakcik agaknya hehehe.....aisyah ni pun rajin juga buat homework......bila pakcik duduk je kat dia, laju je dia tunjukkan surat dari sekolah tadikanya.....katanya ..ayah kena sugn ye..penting ni....ingatkn apa, rupa2nya surat kebenaran untuk g lawatan ke Aquria KLCC. ....emmm rm45.....duit lagi....mgkn bagi org lain rm45 tu kecik je tapi pada pakcik nilai tu besar......takpelah nak...ayah akan usahakan selagi terdaya.........

Friday, May 7, 2010

khamis - 6/5/2010

letih betul pakcik sehari dua ni, tak sempat nak update blog. nasib baik adakwn pakcik dr PERAK antar sms.....tak update blog ke?...hehe terima kasih kwn ....eh nama kawan pakcik ni KROLL (( nama glamour ) hehhee. bujang lagi kwn pakcik ni. so kalau sesiapa nk meminang dia silakanlh ye...hehhe pakcik blh rekomen hahaha.

hari ni keluar awal pagi.....pukul 7.00 pagi pakcik dah berada di jalanraya. maklumlah awal bulan ni byk sgt bil yg nak kena bayar. ... api, air,telefon, umah , tuisyen anak lagi...aduh.....pokai pakcik...bila agaknya nak senang ni ye...emmm usaha, usaha...jgn mengalah pakcik...hehehe pakcik bagi semangat kat diri sendiri......

duit sekarang ni mcm air je......cepat sgt abisnya kena pulak masa haus, sekali sedut terus licin hahaha. ....tak sempat nak simpan.....yang pakcik sedih.....bila anak pakcik nak suruh belanja makan KFC pun pakcik tak dapat nak belanja...terpaksalah bagi alasan yang tak logik kat anak pakcik si aisyah tu....anak pakcik ni baru umur 6thn...katanya dah besar nak jadi angkasawan....jadilah nak...nanti senang ko nak makan KFC nanti hehhe.

hari ni abis semua tempat pakcik redah....selagi jalan tu blh masuk pakcik masuk hehhe yg ada tanda NO ENTRY je yang pakcik tk masuk.... penat...pusing sana pusing sini.....yang nampak banyak bukannya penumpang tapi teksi yg lagi byk....hehhe inilah nasib pemandu teksi......kalau dulu penumpang tunggu teksi tapi la ni dah terbalik......teksi tunggu penumpang......ha sapa nak jawab....takpelah pakcik jawab sendiri....dah tau tu yg nak jadi driver teksi sapa suruh hahahahah.

imej pemandu skrg ni teruk....sian ye...mana tk teruknya kalau menteri pun kata teksi ni dh mcm tandas...ada ke patut.....pakcik rasa teksi pakcik ni wangi je hahaha suka hati ko le menteri nak cakap apa....asalkan ko bahagia. pakcik pun faham knp dia cakap macam tu....adalah sorang dua yg buat taik sbb tu teksi dah jadi mcm tandas.....hahaha...korang pun satu (kepada pemandu teksi yg buat taik ) jangan le asyik nak kelentong penumpang je...cubalh gunakan meter tu...ini tak main sebut je..mmg tak patut....yang penumpang ni pun satu juga...jgnle naik kalau teksi tk pakai meter......mcm tadi sahabat baik pakcik ni nk balik sabah, so dia naik le teksi dari umah dia di sri kembangan g lcct....kenalah rm66.50....pada hal tk sampai pun tambangnya byk tu....yelah nk buat camana dah pemandu teksi ni bawa g jln jauh so kenalah tambang mahal....

pakcik selalu ingatkan diri pakcik....jangan dibuat kerja2 mcm tu...tak berkat rezeki tu...kalau ada rezeki org nk bagi lebih kita ambik...betul tak...

hari ni perjalanan pakcik lancar je, penumpang pun takde yg buat perangai....penumpang ni pun kdg2 menguji juga iman pakcik ni...macam semalam tu adalah pompuan mat saleh naik teksi pakcik....punyalah seksi (tak pakai bra) hahaha
duduk sebelah pulak tu....apa nk buat makin bertambahlah dosa kering pakcik ....diaorg ni apa dikiranya....panas sgt kat malaysia ni katanya....dia tk tau esok kt neraka lagi panas hehehe nauzubillah

Wednesday, May 5, 2010

aku seorg pemandu teksi

hari ini genaplah 3tahun 5 bln 20 hari pakcik bergelar pemandu teksi...lama juga tu ye..dulu ingatkn nk bawa sethn dua je..rupanya dh lbh 3 thn...tkpelah janji dpt rezeki yg halal untuk sesuap nasi. bukan sesuap untuk pakcik tapi juga untuk anak2 dan isteri pakcik. ..dah lbh 3thn ni mcm2 perangai org dh pakcik tgk...yang baik, yang jahat, yang sombong, yg bakhil, yg kaki samun pun ada..emmm apa nk buat ,,,dh ini yg Allah tentukan ,,,Ya Allah ya tuhankan, Kau jauhkanlah aku dari segala perbuatan yg keji dan mungkar dan Kau lindungilah hambaMu ini dari segala bala bencana..amin

Ramai juga yg memandang rendah pd pemandu teksi ni...mcmlh diaorg ni bagus sgt. setakat pakai TIE tu korang ingat dh bagus sgt ke? mcmlah pakcik ni tk pernah kerja pakai Tie..cerita ini kisah benar yg pakcik alami tau, bkn main2 reka je .malas je nk cerita.. pakai bkn main smart lagi korang ni tapi bila time nak bayar duit tambang minta dgn girlfriend...buat malu kaum je.......tapi bknle semua yg haprak mcm ni ,,adalah seorg dua...cuma yg seorang dua nilh yg merosakkn imej lelaki bertie yg lain.

tapi dalam byk2 hal, pakcik sedih bila tgk akhlak remaja islam sekrg..hancur lebur jadi debu rupanya. ..nk salahkn sapa ye psl ni.
ibu bapa ke? kerajaan ke? masyarakat ke? jiran2 ke? atau diri sendiri. mana blh nk salahkn mak bapak,,,,kesian diaorg ni, pagi petg siang malam kerja,, budak2 ni apa tau.. sikit2 ckp..mak nak duit, bapa nk duit...ingatnya mak bapak dia ni ngecop duit agaknya. hampeh betullh.

ni satu hal lagi, napelah agaknya diaorg ni suka sgt bohong dgn mak bapak diaorg ni....bila maknya call.....minah, ko kt mana ni? laju je ckp ...minah dh nk sampai ni mak...jap lagi minah sampai.....pada hal baru nk naik teksi pakcik ni..sian maknya...kena tipu bulat2.. dhle tipu maknya blh siap berpakat lagi dgn kwn2nya...eh kalau mak aku call korang ckp aku ada kt umah korang ye td...pada hal dia duk berdating dgn balaknya

selasa 5/5/2010 - terima kasih sahabat

terima kasih sahabat....dah lama nak buat blog ni tp memandangkan pakcik ni jahil heheh terpaksalah minta bantuan dr sahabat baik pakcik ni..hehe nasib baik sahabat ni tk kenakan bayaran....alhamdulilah selamat duit pakcik .. kiranya baik juga sahabat pakcik ni ye...yelah zaman sekarang ni...nk buang air pun kena bayar( kalau masuk tandaslah, kalau duk pancut bawah pokok mmg tk kena bayar) hehhe